Monday, August 17, 2009

Dewan Bedah / OT Room

Asskm dan salam sejahtera, pada hari ini saya mempunyai sedkit kelapangan wakru sambil berehat di opis yang indah permai ini. Nukilan pada hari ini akan membincangkan tentang dewan bedah atau bilik OT (operation theater) Room. Mungkin dikalangan para pembaca sekelian pernah mendengar, membicara dan juga pernah membina sesebuah bilik bedah ini. Untuk pengetahuan para pembaca, syarikat BMMTE baru sahaja selesai menaiktarf Bilik OT Hospital Kajang dibawah Syarikat Swiftloq Sdn Bhd. Pada hari ini saya cuba membincangkan tentang spesifikasi bilik bedah mengikut Piawaian ISO Standard dan Guideline dari MOH. Kemungkinan terdapat sahabat yang penah membina bilik OT ini dan juga memberi pandangan masing-masing dalam blog saya ini dipersilakan. Ilmu tidak akan berkurang jika kita membincangkan bersama sesama kita. Semoga ia akan menjadi rujukan pada generasi kedian hari.

Pada amnya sesebuah bilik bedah mestilah mengikut Standard ISO 7 dan ISO 8 bagi bilik bedah utama dan juga scrub room dan preparation room. Didalam bilik bedah terdapat 5 kriteria utama yang perlu dijaga dan dikekalkan semasa bilik bedah ini berfungsi. Berikut adalah 5 kriteria tersebut:-
  1. Jumlah kandungan partikel didalam bilik bedah mestilah berada didalam Class ISO 7, atau Grade C iaitu kurang dari 352,000 partikel untuk size 0.5Mm.
  2. Jumlah tukaran udara minima yang perlu bagi bilik OT ini ialah 20t/hr (MOH Spec), tetapi adalah lebih baik untuk maintain minimal airchange bagi bilik bedah ini ialah 25t/hr. Bezanya recovery time adalah lebih bagus bagi air change yang lebih tinggi. Semakin tinggi airchange maka 'recovery time' adalah lebih bagus dan jumlah partikel akan menjadi lebih baik.
  3. Tekanan bilik mestilah positif sentiasa kepada bilik yang lain. Kadar tekanan bilik yang perlu dikekalkan mestilah minima pada 10pascal (pa). Pada tekanan 10pa ini adalah risiko utnk angin daripada luar memasuki bilik OT semasa pintu dibuka akan berkurang dan kurang risiko bagi mengelakkan'cross contimination & decontimantion' didalam bilik OT.
  4. Suhu bilik berada dalam lingkungan 22DegC +/- 2Deg.C. Tetapi kebanyakan Gov Hosp mahu suhu bilik ini berada pada 20Deg.C +/- 2Deg.C. Humiditi Bilik pula mestilah berada dalam lingkungan RH55% +/- 5% sahaja.
  5. Bilangan bakteria yang dalam bilik OT perlulah berada dibawah 100CFU untk seunit settle plate. Normalnya bilangan backteria selepas process fumigation akan berada dibawah 30CFU/settle plate.

Dalam sistem hawadingin bilik OT, sistem 100% fresh air atau udara luar digunakan bagi bilik OT ini. Suatu unit AHU yang mempunyai chamber box bersama-sama G3 dan F8 penapis udara perlu diguna pakai. Selain HEPA filter pada kecekapan 99.97%@o.3Mm yang diguna sebagai final terminal filter. HEPA filter ini mestilah disusun mengelilingi meja bedah bagi mewujudkan flow pattern Air-Barrier bagi angin sejuk bekalan. Bagi meminimisekan penggunaan AHU yang terlalu besar bagi menyejukkan udara luar yang diguna pakai, satu unit heat recovery wheel biasanya diguna. Terdapat satu system lagi yang boleh dipertimbangkan untuk diguna iaitu menggunakan system run-to-run coil. Tetapi kecekapan heat transfer bagi sistem heat wheel ini ialah 75% berbanding run-to-run coil sebanyak 40%~50% sahaja.

Sememangnya heater perlu diguna untuk menambahkan sensible heat load didlam bilik jika kompressor berfungsi untuk menurunkan kandungan wap air dalam udara. Pada asasnya nilai kandungan air didlam udara selepas off coil perluah berada sekitaran 7.5 g/kg sahaja, bergantung pada suhu didlam bilik...ok kita sambung kemudian, tetapi jika ada perbincangan untkj dihilightkan sila berikan pandanagan anda. sekian dulu..

9 comments:

  1. salam en suhaimi..
    baru baru ini saya dapat contract mengubahsuai hospital..
    salah satu skop adalah bilik ot.
    saya perlukan pendapat saudara mengenai jenis siling yg digunakan di bilik OT.
    adakah normal plaster ceiling atau special siling?

    terima kasih
    zahir azman

    ReplyDelete
  2. boleh email saya di :

    ahmadzahir.azman@gmail.com

    tq
    zahir azman

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyallah lama nyer email ni, maaf..saya tak perasan nak jawab...jika apa2 boleh email saya di suhaimideris@gmail.com

      Delete
  3. salam...saya baru nak ceburi bidang upgrade OT ini...saya nak tanya mcm mana nak upgrade untuk sistem aircond yg menggunakan packege unit disebabkan hospital ini suda lama menggunakan sistem ini.....

    ReplyDelete
  4. salam..bole sy dptkn email en.suhaimi,terima kasih

    afirah93@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. suhaimideris@gmail.com, maaf terlalu lama saya nak jawab balik hahaaa

      Delete
  5. assalamualaikum tuan
    saya ingin bertanya apa yang dimksdkan dengan 'cross contimination & decontimantion' didalam bilik OT

    ReplyDelete
  6. Salam en suhaimi boleh saya dptkan contact en? Brkenanaan humidity di OT?

    ReplyDelete
  7. Boleh emailkan rujukan penuh

    ReplyDelete

Design of Isolation room in Hospital

Salam guys, ni tutorial utk design isolation room dalamm hospital...