Thursday, March 12, 2015

Kerja-Kerja Certification Works & Performance Test Bilik OT

Gambar disebelah menunjukkan kerja-kerja pengambilan air volume dari unit bekalan udara HEPA. Alat yg digunakan adalah ALNOR meter flowhood. Tak banyak comp yg ada mende halah ni. Ia adalah satu keperluan bagi mana-mana comp yg buat certification dalam bilik bedah ni, Aku ada 2 biji mende ni, satu dah rosak, skang tengah tunggu order baru lagi satu. Harga RM20,000 sebiji.






Ini plak gambar masa BUMIMAJU dpt projek kat hosp kat KL la, takyah sebut la nama hosp ni, tp ia goverment hosp. Kita org upgrade sistem lama dalm bilik OT ni kepada sistem baru yg lebih canggih dan kesemua data result yg diperolehi adalah memenuhi international standard yg diguna pakai..

 yg ni sambugan gambar diats, banyk lagi gmabr yg akan di upoload nanti psal bilik bedah ni dan lain2 perkara yg interesting pasal knowledge dan teknologi yg digunakan..


kerja-kerja progres tengah buat, projek ni tahun 2010 kalau tak salah...











Suhu bilik OT yg bagus yg berada pada 18°C hingga 19°C. Bilik bedah ni suhu bilik dia berada pada 18.5°C serta humiditi yg cantik sekitar RH57.1% sahja..perfect condition utk buat Operation kat bilik bedah ni.

hahhh...yg ni agak bahaya sbb suhu bilik terlampau sejuk..!! mcm dok kat iceland la plak...bahaya kepada patient takut nanti patient bleh kena hypothermia..!! bahaya..

Yes, tekanan dalam bilik yg diukur dari bilik bedah ke luar bilik bedah melalui pintu. Tekanan angin bilik bedah kena dapat positif dan value dia mesti lebih dari 5 pascal. Cam dalam gamabr ni tekanan dia cuma 3.46 pascal sahaja. masih positif tap tak cukup lagi, kena buat balancing skit baru bleh dpt spesifikasi yg dia nak, spec ni dari KKM yg kuarkan..

Sunday, March 8, 2015

Isolation Room in Hospital - a journey of knowledge

Jam sekarang dah kul 3am, mata belum ngatuk sebab dah terover time tidor sudah, Pukul 1am baru balk umah dari meeting ngan partner discuss pasal kerja. Sambil bukak laptop update blog mata dok tengok channel 835 astro Cadillac Golf Championship...heheheee

Di keheningan pagi ini saya nak share kan sikit pasal ilmu berkaitan dengan bilik isolation atau Isolation Room yang ada dimana2 hospital kat malaysia ni. Sepanjang pengalaman saya dok travel kebanyakan hospital ini dan membuat sistem audit utk bilik bedah dan lain-lain, saya perhatikan terdapat banyak jugak hospital yang tidak mengikut standard atau piawian dalam pembinaan Isolation Room bagi kegunaan pesakit yang merbahaya kepada nyawa dan juga kpd stafness serta doktor yang bertugas. Perkara ini berlaku jika mana melibatkan hospital yang telah lama seperti hosp kerajaan yang masih lagi mempunyai bangunan lama dan menunggu bajet utk dbuat hospital baru. Pada paparan ini saya akan membincangkan tentang keperluan atau piawaian atau juga guidelines dalam merekabentuk Isolation Room dan juga serba sedikit kaedah penyenggaraan bagi bilik ini.

Patient Isolation Room (PIR) atau dalam bahasa melayu disebut Bilik Isolasi pesakit. Perbincangan ii hanya tertakluk untuk NEGATIVE isolation room sahaja. Isolation Room ini biasanya digunakan bagi kegunaan pesakit yang mempunyai penyakit merbahaya seperti TB atau SARS. Pada masa ini bnyak penyakit2 baru yang telah wujud dan ia mudah untuk tersebar melaui udara dengan batuk atau pernafasan. sebenarnya TIDAK ADA  spesifikasi standard yang dikeluarkan oleh mana2 guidelines yang mengkhususkan dalam bilik isolation ini.Oleh demikian pihak hospital kebanyakan mengunakan spesifik requirement based on 'best practice' yan dibincangkan oleh Guidelines antarabangsa melalui jurnal, buku atau standard yang dikeluarkan.Oleh itu paparan ini akan membincangkan recommended performance requirement dlam mana pembinaan utk bilik isolation ini. Kebanykan guidelines yang digunaka ini adalah diambil dari piawian CDC Guidelines (Centre Disease Control and Prevention)

a) Dilution and Removal - Pencampuran dan pembuanga udara bilik
   
Kadar tukaran udara yang diperlukan bagi bilik islotion room ini adalah tidak kurang dari 12t/hr. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kadar pencemaran didalam bilik dengan membuang udara kotor dengan cepat dan membawa udara bersih kedalam bilik. CDC menetapkan kadar udara minima adalah 6t/hr atau recommended lebih dari 12t/hr. Udara yang digunakan adalah 100% udara luar yang ditapis menggunakan medium filter bergred F8 atau mempunyai kecekapan penapisan partikel sehingga 95%.

b) Air Flow Pattern - Corak pengaliran udara

Corak pergerakkan angin udara bekalan perlulah dari supply air grille kepada pekerja, pesakit dan terus kepada exhaust sistem. Ia bertujuan untuk memastikan keselamatan kepada pekerja dimana mengelakkan jangkitan kuman/bakteria/virus yang datang dari pesakit itu sendiri.Corak ini dicadangkan oleh CDC guidelines dengan memastikan siste ekzos berada dibawah katil pesakit. Ini boleh mengelakkan berlakunya turbulance air jika mana saluran keluar ekzos berada dia atas siling bilik.

c) Room Pressurize - Tekanan Bilik

Tekanan bilik isolation haruslah berada dalam keadann negative berbanding dengan tekanan bilik yang bersebelahan atau bilik ante-room. Tekanan negatif bilik isolation ini berbanding dengan anteroom adalah -12.5pascal. Perkara ini diperlukan bagi memastikan keselamatan kpd pengguna dan bagi mengelakkan virus yang dihasilkan dari pesakit merebak ke keseluruhan kawasan tersebut. Manakala tandas pula perlulah lebih negatif berbanding bilik isolation. CDC cuma mengatakan bilik haruslah negatif dan perlu di monitorkan setiap hari dan ketika, Tetapi Brian Wiseman telah menjalankan kajian mengenai tekanan didalam bilik isolation ini dan menyatakan tekanan mnimun yg diperlukan adalah -2.5 pascal dan mencadangkan -12.5pascal adalah tekanan optimun bagi bilik ini. Case study telah dijalan oleh Gill dan beliau juga mencadangkan tekanan bilik haruslah -12.5Pa juga. Victorian Guidelines memerlukan tekanan bilik haruslah -30pa dengan airlock -15pa. Untuk Physical Containment Level 3 bagi makmal microbiologi tekanan bilik mestilah pada -50pascal dan airlock pada -25pa. Sistem monitoring perlulah dipasang dan berfungsi dengan sempurna.

d) Treatment of Exhaust Air -Rawatan bagi udara ekzos

Udara ekzos perlu dikeluarkan directly dari bilik dengan menggunakan saluran kekotak udara dan kipas yang tahan lama dan berkualiti dengan tidak ada back-pressure yang berlaku keluar bangunan dan jauh dari punca udara bersih yang diambil. Udara ekzos ini perlulah ditapis dahulu dengan penapis HEPA sebelum ia dikeluarkan dari bilik ini keluar bangunan. Tujuan penapis HEPA ini digunakan bagi menapis bakteria/virus dari udara yg diambil didalam bilik isolation. Hepa mestilah mempunyai kecekapan minima 99.97% untuk size particle pada 0.3μm. CDC menyatakan size virus M.Tuberculosis mempunyai julat saiz pada 1μm hingga 5μm dan HEPA dapat menapis nuklei tersbut tersebut dari udara. CDC dan juga Victorian Guidelines membenarkan sistem ekzos ini tidak menggunakan HEPA filter tetapi dengan syarat ia adalah jauh dari manusia, punca angin bersih atau haiwan. Walau bagaimana pun guidelines ini masih mencadangkan penggunaan penapis HEPA adalah lebih baik dan selamat.

e) Anteroom atau Airlock Room

Pembinaan bilik isolation memerlukan anteroom atau airlock room dengan pintu daun yg dibuka keluar, tertutup sendiri dan terdapat cermin tembus lihat pada pintu tersebut. Dengan pintu airlock tertutup rapat, airlock haruslah bertekanan negatif dari koridor luar dan positif pada bilik isolation. CDC menerangkan dengan mempunyai bilik airlock ia akan menambahkan lagi effectiveness pada sistem isolation room dengan minimizekan potensi droplet nuclei (virus/bakteria berbahaya) untuk pergi ke koridor apabila pintu dibuka.



f) Lain-lain keperluan

1- Kesemua tingkap haruslah ditutup dengan rapat dengan tidak ada peluang bagi udara utk masuk dan keluar dari celahan tingkap tersebut.
2- CDC menyatakan setiap bukaan termasuk elektrical part dan juga plumbing haruslah ditutup (seal) dengan semungkin baik.
3- Air untuk kegunaan bilik isolasi perlu menggunakan peralatan back-flow prevention
4- Bilik haruslah dilabel dengan NEGATIVE PRESSURE ROOM bagi meningkatkan awareness pelawat dan pekerja hospital


Rujukan yang boleh dilihat dan digunakan:-

1) Preventing Transmission of Tuberculosis in Health Care Facilities:- An Engineering Approach, D.T Hicthing, P.E, C.I.H member ASHRAE.
This paper elaborates on the CDC Guidelines and provide detailed examples of Isolation Room Design.

2) Room Pressure for Critical Environment, Brian Wiseman, ASHRAE Journal, Feb 2003, pp34-39
An Investigation of differential pressure required for proper airflow direction through doors.

3) Tuberculosis Isolation room design using CDC Guidelines, Kenneth E. Gill, HPAC Heating/piping/air conditioning, sept 1997.
This paper as a case study of the conversion of medical observation cells to respiratory isolation cell in Texas jail.

4) Guidelines for the classification and design of Isolation Room in Health Care Facilities, Standing Committee on Infection Control, A Public Health and Development Publication, State of Victoria, July 1999.
Cover Four Categories of patient isolation room including negative pressure rooms. Provide summary of microbial transmission method and guidance in the appropriate type of isolation room for a particular patient.

5) AS/NZS 2243.3:2002 Australian/New Zealand Standard, Safety in Laboratories Part 3: Microbiology aspect and containment facilities.
This standard, while not strictly applicable to TB patient rooms, does include a set of requirement for Physical Containment Level 3 (PC3) laboratories where there is a risk of serious infection.

6) Guidelines for Preventing the Transmission of Mycobacterium tuberculosis in Health care Facilities, 1994 and Guideline for Isolation Precautions in Hospital, 1997 by U.S Department of Health and Human Services – Centers for Disease Control and prevention (CDC)

The above guidelines is reference provides recommendation of general ventilation, the TB isolation rooms in particular and a supplement, which discusses the purpose and tyoe of air system used. The use of such engineering control is considered as one of 13 measure to reduce the risk for transmission of M.Tuberculosis. The above guidelines also provides the more fundamental air system requirement and refers to the guidelines above for application involving TB.


Sekian ilmu yang boleh dikongsi bersama...

Ir Suhaimi Deris
Specialist in Hospital HVAC Services
Bumimaju MTE Eng Sdn Bhd /  Perunding HAZ Sdn Bhd
suhaimideris@gmail.com







Boleh Hubungi saya di alamat email....

Salam,

saya boleh dihubungi dialamat email suhaimideris@gmail.com. Tuan/puan boleh bertanya saya mengenai profesional engineer dan juga yang ingin memerlukan khidmat consultation pasal bilik bedah di Hospital. Kalau nak bertanya pasal standard/procedure dan kaedah design bilik bedah atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan Airconditioning & Ventilation System takder masalah..emailkan pertanyaan tuan/puan. Insyallah saya akan reply email tersebut. Kalau ada masalah bakteria atau test air sampling yang fail dan lebih dari 35CFU pon bleh email kat saya. Insyallah saya akan bantu.

Pada masa ini dah bnyak hospital yang telah saya buat testing dan boleh dikatakan kebanyakannya gagal memenuhi standard dan piawaian antarabangsa. Biasanya saya akan buat CPT test dahulu dan diikuti dengan membuat siasatan dan laporan appraisal akan dibuat dan dihantar pada pihak client. Pada masa ni saya tengah buat projek bilik bedah di Hospital kemaman. Hospital ni antara yang pertama saya design sistem AHU dengan mneggunakan innovative design dengan menggunakan double coil refrigerant system. Kebaikkan sistem ini ia dapat mengekalkan humiditi dan suhu bilik pada takat yg diperlukan wpun chiller water system hanya masuk pada 7 atau 8°C sahaja. Sistem ini juga saya gunakan sebagai rig eksperimen untk research PhD saya di UTM Skudai. Insyallah hjung tahun ni siaplah. anyway boleh hubungi saya di alamat emel diatas jika memerlukan apa2 pandangan,.dan pandagan tersbut adalah PERCUMA kecuali bila dah buat keja sahaja kejan caj heheeeeeee....adiosss..

Design of Isolation room in Hospital

Salam guys, ni tutorial utk design isolation room dalamm hospital...