Monday, August 17, 2009

Ir, Engineer-Suatu pengalaman

Salam, pada pagi ini saya akan cuba menerangkan sedikit pengalaman berharga saya bagi mendapatkan title jurusan proesional yang digelar, Ir, Ar,Dr,Qs,dan sebagainya. untuk pengetahuan para pembaca semua, inysallah pada hujung tahun ini saya akan menduduki peperiksaan oral dan bertulis di Institut IEM di petaling jaya. Pada masa saya telah menghabiskan masa 3 tahun minimal syarat bekerja, padahal dah 10tahun saya telah mengharungi bidang pekerjaaan saya ini. sekian kali piha IEM belum lagi menghantar makumat siapakah interviewer saya yang akan menyoal memeriksa saya mengenai pengetahuan saya dalam bidang yang diceburi.
seperti kata lagu 'akan ku tunggu uuu.." sampai di bagi surat kat saya.

Syarat utamabagi mendapatkan arbitari 'Ir' ini ilah semestinya perlu berdaftar dengan IEM sebagai graduate member (GM) terlebih dahulu. GM mestilah mempunyai degree dalam bidang kejuruteraan dlm apa jua bidang sekali pun yang diiktiraf oleh pihak kerajaan kita. Selepas mendaftar sebgai GM, kita kena mencari mentor kita sebgai satu syarat utama untuk mendapatkan latihan profesional dari P.E kita. Syarat mentor mestilah member kepada IEM dan kalau boleh P.E ini bekerja sebagai perunding (lagi baik laaa). Selama 3 tahun dari tarikh pendaftaran kita yg diluluskan oleh pihak IEM segala apa ygg kita lakukan dalam masa kerja kita mestilah direport kepada mentor kita. Design, drawing, sketching dan apa barang melibatkan kerja kita patut disimpan dan ditunjukkan kepada mentor kita untk verification dan komen beliau, tak semestinya seminggu sekali, tapi kalau boleh selepas abis priejk yang kita buat, semua dokumen kita failkan dan bagi kat dia.

Dalam masa 3 tahun yg perlu kita harungi itu, kita juga perlu menghadiri kursus wajib yang diwajibkan oleh BEM iaitu Code of Ethic, Management Planning, Safety and health dan juga satu course yang ditawrkan oleh IEm mengikut core enginnering yg kita amik. so kalu sivil kena pergi course sivil la, kalau mech begitulah sebaliknya. Janagan lupa amik sijil dengan IEm tau, dan mestilah bayaran juga ada dikenakan...camna IEM pun kena byr gaji2 staff diorang gak. satu course rm300 x3 course wajib =900 + core course rm200 =Rm1100 (lebih kurang)

Bila dah semua ready, course dah amik, 3 tahun dah lepas, kedian pergi website IEM dan dowmnload kan borang untuk apply jadi member IEM. Isi borang yang dia suruh mengikut syarat2 yang telah ditetapkan (senang je nak isi)..tips: kalau boleh bila dah download borang tu sebelum hantar pergi IEM tanya pn izan, dia incharge pasal prosedur ni semo. ada silap dia bagi tau dulu sblm officially hantar. banyak masalah berlaku bila borang P1 dah hantar tapi lambat reply sbb borang tak lengkap dan salah prosedur..

Dah setel borang P1, kena isi plak borang P2 untuk submit pada kita punya interviewer bagi semakan. masa ni kita kena buat projek referen kita, satu saja, pilih yang projek kita yg paling suksess. Ini adalah satu step sblm step yg terakhir nak buat ujian bertulis. So saya tengah tunggu step yang kedua last nilah...dah ada berita saya akan paprkan dalam blog saya ini. kalau nak maklumat lanjut, emailkan aje kat saya..cau

13 comments:

  1. Sala . Bolehkah Saya jadi sama macam tuan ? Kalau boleh Saya mahukan khidmat nasihat tuan.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. wslam boleh fahmi, email saya ajer di suhaimideris@gmail.com

      Delete
  3. Salam Encik. Saya ada satusoala, kalau kita kerja dibawah seliaan boss yg ada siji chargeman boleh dikara sebagai pengalaman untuk 3 tahun tak? Position saya jurutera elektrik instrumentasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja dimana2 takper boleh...cuma kita kena cari seoarang mentor kita sendiri yang ada PE, syarat mentor mesti lebih dari 10 tahun, boleh daptkan list di IEM. Jadi semua kerja kita tu sekali sekala kena discuss dengan mentor kita dan beliau juga akan sign report kita...

      Delete
    2. kLu ada dipolma kemahiran malaysia buleh mohon x

      Delete
  4. Assalamualaikum. Encik suhaimi.. saye ni bru lepasan spm dan akan smbung ke chemical engineering technology polymer.. ape lngkah sye seterus nya? Adakah berbaloi pilihan saye? mcm2 sye dngar dan bce tentang iem dan bem ni. Tak diiktiraflah dan sebagainya..jdi agak takut bgi diri sye. Bolehkah? Mohon nasihat

    ReplyDelete
  5. salam, tuan engineer bidang apa?

    ReplyDelete
  6. Salam tuan, saya baru bekerja sebagai jurutera dalam tempoh 2 tahun ini selepas tamat master kejuruteraan mekanikal, adakah saya sudah boleh daftar sebagai jurutera profesional sekarang atau perlu tunggu 3 tahun?

    ReplyDelete
  7. Salam tuan, sy ade 1 soalan. Sy skrg lulusan dip (eletrik) . Ada jalan lain tak nak ke ir selain melalui degree kejuruteraan (eletrik)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, hi sir my name is hazwani. i'm just stumble upon this blog while searching for the exact meaning of Ir. And i'm really excited cause i found my villagers here :) i'm also from Kuala Krai and studied at SK Banggol Guchil before. Now im in my industrial training for my diploma in mechanical engineering. Please wish me good luck so that i have the motivation to pursue my degree in this course in the future. I don't know if you still active in this blog but i just want to wish Sir and family always healthy amidst this covid-19 situation in our country. May Allah protect all of us, amin... :)

    ReplyDelete

Design of Isolation room in Hospital

Salam guys, ni tutorial utk design isolation room dalamm hospital...