Sunday, December 27, 2009

Alhamdullilah...Confirm!!

Alhamdulilah, pada khamis lepas 24/12/09, saya telah menerima surat dari IEM yag mengatakan peperiksaan atau temuduga untuk uppgrade kepada Profesional Enginnerr telah lulus dengan cemerlang, seklaung ucapan telah diberikan kepada saya melaui surat tersebut. Tapi seketika saya telah berfikir bahawa saya juga mempunyai tanggungjawab yang besar kepada bidang kerja saya selepas ini termasuklah public society terutamanya. Etika Kod kerja yg kuat perlu dipatuhi dalam melakukan kerja2 saya suatu hari nanti. Tetaapi, ia juga sememangnya melibatkan kos yg amat tinggi, tidak ada suatu sistem kejuruteraan yang baik, berkesan dan cekap tanpa melibatkan penggunaan kos yg tinggi. Apa yg perlu bagi seseorang jurutera profesional ialah, beliau perlu bijak dan cekap serta mempunyai pengetahuan yg tinggi dalam bidang tersebut terutama dalam design supaya sebarang cadangan adalah selamat dan kos yg optimun. kesemua ini tidak akan hadir tanpa pengalaman yg cukup luas dan rajin menelaah buku2 serta kajian2 yg dijalankan oleh P.E sebelum ini.

saya juga masih lagi meneruskan pembelajran dalam bidang yang saya ceburi..seperti yg anda maklum, tidak ramai jurutera kita yg benar2 mahir dalam bidang rekabentuk sistem bilik bersih termasuk lah sistemn dewan bedah...itulah yg saya cuba belajar, kaji dan melakukan lebih banyak pengiraan dari segi design, konsep dan pelbagai lagi...banyak sudah hospital2 kerajaan, private yg telah saya lawati dan membuat kajian...dan banyak juga dewan2 bedah di hospital yg terbabit tidak melepasi standard atau kriteria yg diperlukan mengikut standard yg diguna pakai diseleuruh benua...ingin jua saya highlightkan disini, terdapat seorang kakitangan kanan bagi pihak kementerian kesihatan malaysia (KKM) mengatakan kita tidak perlu mengikut 100% perkara atau standard yg digunakan pakai, cukup setakat minima sahaja...huhhh, siapa dia hendak berkata sedemikian... nyawa pesakit adalah berada di tangan seorang jurutera. perkara begini tidak boleh dipraktik kan oleh P.E. Law is Law, Standar is Standard..Ini sudah berlawanan denagan kod etika sebagai seseorang jurutera...saya amat tersinggung dan tidak dapat menerima pendapat sedemikian. Beliaua adalah orang kanan dalam KKM dan tidak sepatutnya berucap sedmikian dalam sesi penerangan teknikal...aduhai, patutnya dia kena mempertimbangankan dari segenap sudut dan menjalankan kajian, pembacaan terperinci termasuk membuat kajian bagi negara2 luar dahulu...ish ish...saya tidak megatakan saya terlalu pandai dan mahu membangkang. tetapi apa yg saya pelajari, bacai dan melakukan kajian, berdebat dengan para doktor, nurse,matron dll lagi ..tiada apa2 yg lebih penting dari menjagi nyawa pesakit semasa melakukan pembedahan...dengan demikian, semua standard yg diguna pakai dalam bilik bedah perlulah dipatuhi...

Hmmmm...dalam sebulan lagi saya akan mempunyai certified stamp saya sendiri dan saya boleh nak endorsed drawing bagi sistem mekanikal....tetapi semua itu adalah merupakan tanggunggan yg amat besar...apa pun, hidup perlu ditempuhi, otak masih kena belajar...hahah

Monday, November 2, 2009

Profesional Engineer Exam..(Ir.)

Hi, salam ketemuan semula..... yaahhh,...alhamdullillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya saya telah melepasi temuduga bagi mendapatkan sijil bagi P.E (Profesional Engineer, Ir) pada 30/10/2009. sedikit sebanyak pada masa yang terluang ini saya ingin berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan serta tips-tips bagi persediaan menghadapi peperiksaan tersebut.

Exam P.E ini dijalankan oleh pihak IEM (Institut Engineer Malaysia) di bawah seliann BEM (Board Engineer Malaysia), so dengan kata lain, IEm akan menjalankan semua tugasan yang harus dilakukan oleh pihak BEM bagi mengiktiraf seseorang pengamal engineering untuk mendapatkan taraf sebagai Profesional Engineer. seperti yang sedia maklum, kita harus mendaftar sebagai Graduate Engineer (Grad.IEM) terlebih dahulu dengan BEM dan daftar plak dengan IEM. kemudian kena tunggu 3 tahun untuk latihan praktikal atau kita kerja la, dalam masa 3 tahun kena habiskan course wajib IEM yang terdapat 4 course kesemuanya. selepas cukup tempoh edahnya, kita kena buat permohonan untuk duduki interview P.E ni lah, adalah dokumen ynag kita kena submit kat IEM ni. bersama dengan itu kita kena buat summary of experience of kita punya kerja selama 3 tahun dengan detailnya, saya ader sample dia kalau sapa2 nak dan boleh hubungi saya. Kemudian IEM akan cari satu P.E untuk jadi interviewer kita, Interviewer ini aan call kita set date utk buat exam dan interview la. Biasanya dia bagi max 2 bulan sahaja. Dalam masa ini pemohon perlu menyediakan submission report atau project report ( 1 projek sahaja) dan submit kat interviewer kita. Dia akan semak dan komen project reprot kita, kalau dia rasa anda masih x layak lagi dia akan hubungi anda dan bagitau anda kena belajar lebih lagi sblm apply for interview baru, so anda kena betul2 pandai la dalam design dan site works yg anda handle itu.

Masa interview - selama 4-5 jam (setengah hari laa..) terbahagi kepada 2 sesi iaitu temuduga dan essay. Terdapat 2 penemuduga yang akan interview anda...saya pun 2 org gak, jadi banyak diorang tanya saya pasal bilik OT dan cleanroom system, tapi itu mmg kerja saya buat hari2, satu kali tanya 10 kali saya jawab..alhamdulilah, with flying color. Sbb ada satu soalan saya tanya diorang dan diorang x bleh nak jawab masalah tersebut, ala simple ajer...tapi diorang kena buktikan skit melalui calculation..hahaha, diorang cakap nak kena buat satu technical talk/seminar for 1 day utk bincang pasala benda ni. baguslah sbb smpi sekrang sy pun x leh nak buktikan melalui pengiraan pasal menda ni.. ok then, kena spent masa 3 jam nak buat 2 essay. satu esaay pasal kita punyer teknikal skill dan satu essay lagi pasal code of ethics (COE). ini COE kita kena baca laa...hehehe, jawapan semua 15 answer tu ader ngan saya kalau nak heheh..

After all finish interviewer akan semak dan bagi balik kat IEM. Normalnya 90% interview akan lulus la dengan syarat mmg anda kena jawab essay itu jangan dibiar kosong ajer, so mmg kena study skitlah...ok dah penat tulisnya..sambung lain kali. Bye.

update: 30/9/2016 - Dear all, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih pada pembaca yg mengunjungi blogspot saya ini dan saya bersyukur blogspot ini dpt membantu para adik-adik semua atau abg2 dan kakak2 yg mahu meningkatkan karier masing-masing dlm bidang engineering ini yg amt mencabar dan menarik, oleh demikian terdapat pemintaan ramai pembaca dari setahun ke setahun yg mahu mendapatkan set soalan COE dari saya. Dengan ini saya berbesar hati utk attach kan disini terus set soalan tersebut. Cuma apabila tuan/puan dah dowload  set soalan tersebut saya harap tuan/puan cuma komen "terima kasih" di ruangan komen dibawah serta doakan saya semoga sihat, panjang umur dan dimurahkan rezeki utk saya berjuang dan memperkembangkan carier saya ini. Saya juga berazam utk membantu tuan/puan semua yg mana saya mampu bg mencapai cita2 tuan/puan.

Bagi report technical, mohon maaf saya dahulukan sbb report technical lama saya sudah hilang semasa saya reformat laptop saya dulu, tapi sample report tuan/puan bleh mintak direct dengan IEM atau kekawan lain yg ada..good luck semua..!!


IEM PI CoE Q&A (Some answer points)

Q 1 Dilemma between capital expenditure and optimum design.
Ans:     Is it really a dilemma
            Technology comes with cost
Reduction of scope of work
Simple design
Offer what the client wants and can afford.
            Stick to the best quality materials at the best rates.
            Clarify all impact and implications to clients
            Be reminded of safety; low maintenance and optimum life-cycle cost.

Q 2 Benefits of privatization.
Ans:     Examples of privatized public utility companies in Malaysia.
            Case studies of Power and Water companies.
Be clear about the differences between BOT, concession and other forms of business by the government to the public.
Stability of supply / lower down-time / better quality services
Faster decision-making process – faster response
Focus on possible benefits on Training, bigger financial base, introduction of up-to-date technology, transfer of technology, international exposure and scope.
Consider counter-benefits of higher fees

Q 3 Safety practices in selected industries.
Ans:     Pick one industry of your choice.
Be careful in assessing the adequacy of the safety practices. It should be adequate but certain aspects still need to be addressed.
Safety policy
Personal Protective Equipment
Include safety costs in quotes
Look at issues on awareness, implementation and enforcement.
Look at Hazop and Hazan; Safety audits; job safety analysis, contractors scope,
Fixed installations – passive protection
PPE; hardware and software of safety and fire-fighting.

Q 4 IEM and promotion of professionalism.
Ans:     Know well the current organization, roles, functions, activities and influence of IEM and suggest areas of improvement towards promoting professionalism of engineers.
            Areas may include:
                        Consultants to government / single voice on national issues
                        Public awareness of the profession / what we do, what we can provide
                        Interaction and cooperation between professions
                        Regulatory body on ethics and professional conduct
                        Reference for technical matters

                       
                       

Q 5 Positive impacts on contributions of engineers.
Ans:     Focus on big impacts and not the ordinary.
            Pick up maybe one extraordinary example from each common discipline of engineering and elaborate how each has contributed immensely to the well-being of mankind.
            Protection of the environment; combating poverty and disease; design of super-efficient systems, educational facilities, IT infrastructure etc.

Q 6 Self-promotion of engineers without using commission and anything similar to get jobs.
Ans:     Examine issues on advertising for services.
            Progress step-by-step:
                        Good self-projection              
Participate in lectures
                        Do R&D and publish
                        Promote through exhibitions
                        Lead and perform by showing good examples
                        Establish through design competition and the like

Q 7 Steps to prevent corruption and unethical practices.
Ans:     Practise good set of procedures
Abide to laws, rules and regulations
Be transparent, use open tender, subject work to audit, use of standard specs, competitive bidding for supplies, fair evaluation, no deviations of specs or alternative offer, QA/QC, pay employees well.

Q 8 Ethical considerations of a rushed land clearing job.
Ans:     Job behind time with conflict between environmental requirements and pressure to finish the job in time; temptation to:
Sub-standard work, by-passing procedures, inducement to inspectors, over-time and unsafe and night work. Consider to reschedule in order to put in place preventive measures.

Q 9 Better quality construction without conflict to profits.
Ans:     Redefine scope
Prepare better set of specs
Choose better materials, manpower, techniques, machinery, etc at better rates.
Maintain good QC/QA
            Good relationships between all stakeholders.

Q 10 Solving conflict of professional interest.
Ans:     Conflicts could be economic, environmental, management touching on issues related to:
Cost recovery after a ‘dive’ in quotation
Effluents and emissions
‘Wistle-blowing’
Marginal quality
Unsafe practices

Issues on undercutting, backdoor methods, taking more risks as a result.
Be clear on objectives: on specs and on time with required quality. Listen to all parties, good team-work, shared responsibility, third party involvement on fees management, merging of consultants.

Q 11 Consequences of observing laws and regulations on all kinds of pollution.
Ans:     Pick up an industry: discuss needs of regulations; examine consequences positive as well as negative; good to the environment, higher investment and higher cost of operation.

Q 12 Cost effectiveness and HSE requirements.
Ans:     Involve design; cost reduction to achieve higher productivity; better health, safety and environmental considerations in the long run will be cost-effective.

Q 13 How engineers can keep abreast with development of technology.
Ans:     Discuss benefits of bearing in mind HSE issues in an engineer’s work. Discuss aspects of CPD to update the knowledge and competency of engineers.

Q 14 Request of irregular proposals from a turn-key contractor.
Ans:     Examine the pros and cons of a turnkey contract vis-a-vis the position of the engineer. Give examples of possible requests in question and what could be done by referring to codes and standards.

Q 15 Issues on virtual labs.

Ans:     Discuss the real benefits of having real labs for various engineering disciplines. See if the objectives can be achieved by alternative means including virtual labs. Examine the cost, convenience and effectiveness impacts. Elaborate areas where the virtual labs are better.






Sunday, October 18, 2009

Tips bisness..

yaaa..asalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca atau mmg takder pembaca selepas sahaja saya memulakan blog saya yang tak hebat ini...emm hanya aku sendiri yang bukak dan brulang kali membaca apa jua yang aku tulis dalam blog aku ini...hmmmm jam sekarang dah menunnjukkan pukul 4.30am pada 18/10/2009...aku saja je belum tido lagi, ntahla mata tak ngatuk ke atau mmg dah bertahun aku tak tido awal walau apa pun jua keadaan aku sehnggalah aku benar2letih...tak tahu nak celoteh aper, tapi just nak share knowledge aku pasal bisness skit ni haa....actually ramai gak mungkin nak tahu resepi buat bisness ni sampai berjaya dan succes hingga tercapai cita2 yang dikehendaki....ok awdikit sebanyak aku boleh mulakan dengan prinsip dalam bisnes...bagi pandadangan aku, ada 3 prinsip kalu difikirkan mmg betul jugak (ini pandangan aku ok) a) ibu bapa b) kawan2 dan c) isteri dan keluarga...apa tu??? hahhaaa lu fikirlah sendiri kalu nak tau post je komen tanya pasal ni...dalam bisness ni jugak kita mestilah jujur, tapi jangan jujur straight cam kayu nanti bangkrup jugak, jujjr disini maknayer apa ybg u katakan mestilah dikotakan walaupun pahit yang menimpa...perkara ini dapat membngkitkan persaan orang bahawa kita boleh dipercayai, jangan sesekali menipu duit orang...kalu nak pakai bagitau dulu dan jangan nak kelentong kata paymnet tak masuk la dan bla2, sekali sekala boleh la tapi jangan di gunakan sebagai panduan bisnes kita.. pengurusan syarikat amatlah penting. staff yg mahir adalh aset syarikat no.1, jangan di takpedulikan kebajikan kakiktangan syarikat dan membuatkan mereka hendak berhenti dan tak mau kerja dengan kita, tapi kalau staff g bermasalah patutlah dicantas awal2 takut berjangkit dengan yang lain. sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, jnagan sombong pada orang bawahan, jika sapa2 tegor jawab jerr...setakat pakai keta mercedes tu tak guna kalu kita sombing ngan orang lain...belanja orang sebgai bos jagan berkira sangat...kalu mahal sangat amik resit claim company...haaa senang, PR mestilah kena jaga, PR biasanya datang selepas beberaa tahun kita bekerja dan berinteraksi dengan customer, subcon dan staff...adooi letoh pinggang cam nak patah ni...kurk, kurk..!! adeh..!!!!...betulkan pinggang daaa...ok....sambung kedian..skit2 jah la dulu...apa2 komen ok..

Monday, August 17, 2009

Dewan Bedah / OT Room

Asskm dan salam sejahtera, pada hari ini saya mempunyai sedkit kelapangan wakru sambil berehat di opis yang indah permai ini. Nukilan pada hari ini akan membincangkan tentang dewan bedah atau bilik OT (operation theater) Room. Mungkin dikalangan para pembaca sekelian pernah mendengar, membicara dan juga pernah membina sesebuah bilik bedah ini. Untuk pengetahuan para pembaca, syarikat BMMTE baru sahaja selesai menaiktarf Bilik OT Hospital Kajang dibawah Syarikat Swiftloq Sdn Bhd. Pada hari ini saya cuba membincangkan tentang spesifikasi bilik bedah mengikut Piawaian ISO Standard dan Guideline dari MOH. Kemungkinan terdapat sahabat yang penah membina bilik OT ini dan juga memberi pandangan masing-masing dalam blog saya ini dipersilakan. Ilmu tidak akan berkurang jika kita membincangkan bersama sesama kita. Semoga ia akan menjadi rujukan pada generasi kedian hari.

Pada amnya sesebuah bilik bedah mestilah mengikut Standard ISO 7 dan ISO 8 bagi bilik bedah utama dan juga scrub room dan preparation room. Didalam bilik bedah terdapat 5 kriteria utama yang perlu dijaga dan dikekalkan semasa bilik bedah ini berfungsi. Berikut adalah 5 kriteria tersebut:-
  1. Jumlah kandungan partikel didalam bilik bedah mestilah berada didalam Class ISO 7, atau Grade C iaitu kurang dari 352,000 partikel untuk size 0.5Mm.
  2. Jumlah tukaran udara minima yang perlu bagi bilik OT ini ialah 20t/hr (MOH Spec), tetapi adalah lebih baik untuk maintain minimal airchange bagi bilik bedah ini ialah 25t/hr. Bezanya recovery time adalah lebih bagus bagi air change yang lebih tinggi. Semakin tinggi airchange maka 'recovery time' adalah lebih bagus dan jumlah partikel akan menjadi lebih baik.
  3. Tekanan bilik mestilah positif sentiasa kepada bilik yang lain. Kadar tekanan bilik yang perlu dikekalkan mestilah minima pada 10pascal (pa). Pada tekanan 10pa ini adalah risiko utnk angin daripada luar memasuki bilik OT semasa pintu dibuka akan berkurang dan kurang risiko bagi mengelakkan'cross contimination & decontimantion' didalam bilik OT.
  4. Suhu bilik berada dalam lingkungan 22DegC +/- 2Deg.C. Tetapi kebanyakan Gov Hosp mahu suhu bilik ini berada pada 20Deg.C +/- 2Deg.C. Humiditi Bilik pula mestilah berada dalam lingkungan RH55% +/- 5% sahaja.
  5. Bilangan bakteria yang dalam bilik OT perlulah berada dibawah 100CFU untk seunit settle plate. Normalnya bilangan backteria selepas process fumigation akan berada dibawah 30CFU/settle plate.

Dalam sistem hawadingin bilik OT, sistem 100% fresh air atau udara luar digunakan bagi bilik OT ini. Suatu unit AHU yang mempunyai chamber box bersama-sama G3 dan F8 penapis udara perlu diguna pakai. Selain HEPA filter pada kecekapan 99.97%@o.3Mm yang diguna sebagai final terminal filter. HEPA filter ini mestilah disusun mengelilingi meja bedah bagi mewujudkan flow pattern Air-Barrier bagi angin sejuk bekalan. Bagi meminimisekan penggunaan AHU yang terlalu besar bagi menyejukkan udara luar yang diguna pakai, satu unit heat recovery wheel biasanya diguna. Terdapat satu system lagi yang boleh dipertimbangkan untuk diguna iaitu menggunakan system run-to-run coil. Tetapi kecekapan heat transfer bagi sistem heat wheel ini ialah 75% berbanding run-to-run coil sebanyak 40%~50% sahaja.

Sememangnya heater perlu diguna untuk menambahkan sensible heat load didlam bilik jika kompressor berfungsi untuk menurunkan kandungan wap air dalam udara. Pada asasnya nilai kandungan air didlam udara selepas off coil perluah berada sekitaran 7.5 g/kg sahaja, bergantung pada suhu didlam bilik...ok kita sambung kemudian, tetapi jika ada perbincangan untkj dihilightkan sila berikan pandanagan anda. sekian dulu..

Who am I ? - Suhaimideris

Salam semua, sebelum saya mengakhiri paparan dalam blog saya pada pagi ini, izinkan saya memperkenalkan serba ringkas tentang diri saya ini. Saya bernama Engr. Muhd Suhaimi B Deris,Grad IEM. Berasal dari Kuala Krai Kelantan, seperti mana yang diketahui pada header blog ini saya merupakan Pengarah Urusan bagi Syarikat Bumimaju MTE Engineering Sdn Bhd, dimana MTE stand for 'Mechanical Testing n Electrical' atau 'Melayu Teras Ekonomi' hahah..nampak skit patriotik. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2003 dimana ia bermula sebagai sebuah syarikat yang kecil sahaja dan bertapak di Kilang MTPD Picture Display Shah Alam. Teras perniagaan bagi syarikat BMMTE ini adalah merupakan sebuah syarikat firma perunding dan kontraktor bagi kerja-kerja mekanikal dengan kepakaran dalam bidang hawadingin (aircond system). BMMTE yang merupakan 100% syarikat bumiputra terlbat secara langsung dalam bidang kejuruteraan Reka dan Bina bagi Sistem Bilik Bersih (clean room system), Bilik OT (operation Theater Room), Negative Preesure Room, Normal aircond system dan juga Ventilation system. Pada masa ini BMMTE telah menpunyai 20 orang kakitangan yang merangkumi kakitangam teknikal dan juga adminstration. Pelanggan utama bagi syarikat BMMTE ialah Hospital dibawah Radicare (M) SB, Celcom Berhad, Felda Properties, UKM Bangi dan juga lain-lain lagi. Selain Projek-projek yang diperolehi, syarikat ini jiga mempunyai kontrak maintenance dengan pelanggan2 yang diberiathu diatas.

BMMTE juga adalah merupkan syarikat yang mempunyai sijil dan lesen perniagaan yang lengkap seperti sijil2 pendaftaran dengan PKK dibawah PKK B (Sivil & Mechanical), MOF, Petronas Lisence, dan lain-lain badan berkanun lagi. Bumimaju juga baru sahaja selesai menyiapkan kerja Reka dan Bina Bangunan Rumah Haiwan Certified Level 2 BSL di UKM bangi, Pihak sayrikat juga telah sahaja menyelesaikan kerja bagi menaiktaraf Komples Bilik Bedah bagi Hospital Kajang. Selain itu juga banyak projek-projek yang telah disiapkan oleh pihak kami dengan jayanya.

Boleh dikatakan BMMTE merupakan medium company bumiputera yang sedang meningkat naik. Insyallah dengan izin-Nya syarikat akan terus berusaha untuk mencapai status sebuah firma perunding dan kontarktor Reka dan Bina yang berjaya di pasaran kelak. Dengan kakitanagan teknikal yang berpengetahuan tinggi dan sub-kontraktor serta rakan-rakan perniagaan yang mahir dan komited tidak mungkin BMMTE tidak akan menjadi sebuah syarikat yang cemerlang dan berdaya saiang. Semoga impian menjadi kenyataan....adoi letih nak tidor dah...lagipun saya ada interview projek besok jam 10.00am..sekian asskm & selamat pagi.

Ir, Engineer-Suatu pengalaman

Salam, pada pagi ini saya akan cuba menerangkan sedikit pengalaman berharga saya bagi mendapatkan title jurusan proesional yang digelar, Ir, Ar,Dr,Qs,dan sebagainya. untuk pengetahuan para pembaca semua, inysallah pada hujung tahun ini saya akan menduduki peperiksaan oral dan bertulis di Institut IEM di petaling jaya. Pada masa saya telah menghabiskan masa 3 tahun minimal syarat bekerja, padahal dah 10tahun saya telah mengharungi bidang pekerjaaan saya ini. sekian kali piha IEM belum lagi menghantar makumat siapakah interviewer saya yang akan menyoal memeriksa saya mengenai pengetahuan saya dalam bidang yang diceburi.
seperti kata lagu 'akan ku tunggu uuu.." sampai di bagi surat kat saya.

Syarat utamabagi mendapatkan arbitari 'Ir' ini ilah semestinya perlu berdaftar dengan IEM sebagai graduate member (GM) terlebih dahulu. GM mestilah mempunyai degree dalam bidang kejuruteraan dlm apa jua bidang sekali pun yang diiktiraf oleh pihak kerajaan kita. Selepas mendaftar sebgai GM, kita kena mencari mentor kita sebgai satu syarat utama untuk mendapatkan latihan profesional dari P.E kita. Syarat mentor mestilah member kepada IEM dan kalau boleh P.E ini bekerja sebagai perunding (lagi baik laaa). Selama 3 tahun dari tarikh pendaftaran kita yg diluluskan oleh pihak IEM segala apa ygg kita lakukan dalam masa kerja kita mestilah direport kepada mentor kita. Design, drawing, sketching dan apa barang melibatkan kerja kita patut disimpan dan ditunjukkan kepada mentor kita untk verification dan komen beliau, tak semestinya seminggu sekali, tapi kalau boleh selepas abis priejk yang kita buat, semua dokumen kita failkan dan bagi kat dia.

Dalam masa 3 tahun yg perlu kita harungi itu, kita juga perlu menghadiri kursus wajib yang diwajibkan oleh BEM iaitu Code of Ethic, Management Planning, Safety and health dan juga satu course yang ditawrkan oleh IEm mengikut core enginnering yg kita amik. so kalu sivil kena pergi course sivil la, kalau mech begitulah sebaliknya. Janagan lupa amik sijil dengan IEm tau, dan mestilah bayaran juga ada dikenakan...camna IEM pun kena byr gaji2 staff diorang gak. satu course rm300 x3 course wajib =900 + core course rm200 =Rm1100 (lebih kurang)

Bila dah semua ready, course dah amik, 3 tahun dah lepas, kedian pergi website IEM dan dowmnload kan borang untuk apply jadi member IEM. Isi borang yang dia suruh mengikut syarat2 yang telah ditetapkan (senang je nak isi)..tips: kalau boleh bila dah download borang tu sebelum hantar pergi IEM tanya pn izan, dia incharge pasal prosedur ni semo. ada silap dia bagi tau dulu sblm officially hantar. banyak masalah berlaku bila borang P1 dah hantar tapi lambat reply sbb borang tak lengkap dan salah prosedur..

Dah setel borang P1, kena isi plak borang P2 untuk submit pada kita punya interviewer bagi semakan. masa ni kita kena buat projek referen kita, satu saja, pilih yang projek kita yg paling suksess. Ini adalah satu step sblm step yg terakhir nak buat ujian bertulis. So saya tengah tunggu step yang kedua last nilah...dah ada berita saya akan paprkan dalam blog saya ini. kalau nak maklumat lanjut, emailkan aje kat saya..cau

Sunday, August 16, 2009

Permulaan Blogspot Suhaimideris

Asskm, dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan kawan-kawan yang dikenali. permulaan blogspot ini berdasarkan banyak blogspot di laman web ini tidak memaparkan keperluan-keperluan darisegi teknikal untuk sesuatu kerja yang dilakukan. insyallah dalam blog ini saya akan paparkan pandangan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja saya dan juga cara atau kaedah untuk menjadi seorang usahan yang berjaya.

Design of Isolation room in Hospital

Salam guys, ni tutorial utk design isolation room dalamm hospital...