Wednesday, July 20, 2011

Mak meninggal dunia..

Salam,

Alfatihah, Ibu yang tersayang Esah Bt Baru telah kembali kerahmatullah pada hari isnin (25/7/2011) jam 1.30am. Pada masa itu aku dan family sedang berada di Indonesia, abang aku call jam 1.00am bagitau mak dah koma dan perlu pulang segera, pada masa itu fikiran aku amat celaru dan betul2 berserabut, aku berdoa pada Allah taala agar aku masih sempat berjumpa dengan mak aku, selang 15min kakak aku call bagitau, confirm mak aku dah takder.....

Pagi tersebut aku sefamily tak dapat tido, kami bersiap2 utk kejar flight seawal pagi jam 6.30am sedangkan flight aku adalah jam 12.30tgh. Aku cuma berharap dan berdoa agar tiket flight boleh diawalkan dan flight tidak penuh. Jam 4 pagi kami turun ke lobi hotel dan tunggu teksi disana, 10minit teksi smpai dan bawa kami kw aiport.

Sesampai di airport org dah ramai, tp pintu check in masih blum buka, aku benar2 berharap tiket flight boleh diawalakan dan berjaya menatap muka mak aku buat kali terakhir. Kakak aku call bagtau jenazah mak akan disimpan, diuruskan dirumahnya sebelum dihantar ke kuala krai, kelantan utk dikebumikan, aku cakp kat dia, flight aku 6.30am dan smpi kul 9.30am di airport dan bleh jumpa ngan mak dahulu sebelum bertolak balik...itulah planning dan harapan aku..

Jam 4.30am, kaunter cek in dah dibuka, aku bergesa2 ke sana dan terus jumpa pengawai air asia, bgtau masalah aku nak awalkan flight balik ke kl, dia cakap kalau nak tukar flight kena buat dalam masa 2 hari sebelum...aku jadi hangin, apa kejadahnya, ini emergency bukan suka2 nak tukar flight...nasib baik minah indon tu tak reti aku dok sumpah seranah, hati jadi panas, aku paksa jugak dia cek tempat duduk, kalau kosong aku amik terus, dia bagitau kejap...mmg sekejapa jer, harapa aku punah bila dia bgtau flight PENUH..!!!.. aiseyyyy...pada masa tu aku terbayang wajah mak aku dah, sebak mmg sebak, takut, gentar, risau kalau takleh tatap muka mak buat kali terakhir..aku bgitau bini aku dan anak sedara aku, diaorg pon terkedu dan tanya akau camna nak buat, aku ckp kita masih ada harapan jika
ada org tak cek-in dan kita bleh swap masuk, tapi 6 orang ni..!! harapan ttp ada, aku menunggu...

Jam pukul 6.00 pagi aku ke kaunter air asia skali lagi, tanya dia, dia cakap...flight memang penuh, semua passenger cek-
in..adehhhh...punah harapan...aku terlalu frust, tak tahu nak fikir aper pada masa tu... Aku kedian telefon abg aku kat kg bagitau masalah ini
kat aiport indon ni, abg aku bagitau dia akan cuba lengahkan masa pengebumian da tengok masa jenazah bleh bergerak dari KL ke
kelantan..aku berharap dan bgtau abg aku aku nak jumpa mak jugak, hidup atau mati mak kena tunggu aku jugak utk tatapan kali terakhir..!!

Aku dan family trpaksa menunggu jgak utk flight yg seterusnya pada jam 12tgh. Anak2 aku, isteri dan anak sedara aku pon terlentang la tido kat kerusi kat airport tersebut, nak buat camna dah, keselesaan memang konpen takdeh dah, aiport kat indon tak sama dengan lcct atau klia, aku sempat jugaklah lelap untuk 10min, nak buat camna sejak petang, bawak ke pagi memang kitaorg tak tido. Hanya Allah yg tahu
perasaan hati aku semasa menunggu kat airport tersebut, aku berdoa agar jenazah dapat diperlambatkan sedikit supaya aku dan family dapat jugak menatap wajah emak. Pada jam 10am pagi hingga ke tengahri, tak putus2 henpon aku berdering family call dari malaysia, aku dah takleh nak ckp dah, aku bagi bini aku jer yg citer semuanya dan yg amik info, semangat aku mmg dah takder dah masa ni, aku cuma
ingat nak balik jer dan cpt2 sampai. Jam 12tgh waktu indon cam macam setahun jgak aku tunggu, hinggalah masa cek-in pada jam 11am. Hati dah ada kat kg malaysia dah, alahamdulilah tiada apa2 masalah yg berlaku cuma flight lewat setengah jam..hampeh air asia, mmg camtu pon...kami sekeluarga selamat menaiki fligh pada jam 1tgh waktu indon.

Dalam kapal terbang, kami sekeluarga mmg tak ckp banyak, semua masing2 tau nak tido jer, aku pon sama, aku kena aik tenaga skit, sbb perjalanan dari kl ke kelantab mmg lama 5-6 jam, aku plak yg kena drebar. Cuba utk tido, entah camna, aku amat teringat kat mak aku, dan tak semena-mena aku menangis teresak-esak, aku amat rindukan mak aku, dan risau takut tak boleh menatap wajah mak aku buat kali
terakhir. Bini aku dok sabarkan aku, aku dah tak peduli dah apa org belakang nak kata, aku mmg sedih. Agak lama aku teresak keseorangan, hanya bantal baby aku guna untuk tutup muka aku masa menangis tersebut, nasib baik ada spek mata bini aku, boleh cover skit air mata aku itu...

Lebih kurang 2jam setengah flight aku landing kat lcct, kamii jadi passenger paling last kuar kerana beg bimbit kami ada disimpan kat belakang, so kena tunggu semua org turun dulu baru bleh amik. Selepas siap semua, aku dukung baby aku dan bergerak ke balai ketibaan ke tempat imigresen. Pad msa ni jam dah pukl 3.45pm wktu msia dah, abg aku call dari kg, disusuli ayah mertua aku tanya aku kat mana, aku bgtau aku baru landing flight jer, abg aku bgtau jenazah mak aku dah samapi lebih kurang jam 4pm. keluarga aku dah bincang dgn ustaz dah tukang pengebumian supaya jenazah lambat skt utk dikebumi supaya tunggu aku pulang, dok bincang, abg aku bgitau jangan lewat sangat, sblm jam 10pm..gulpp, aku tertelan air liur, kul 4pm aku dok kat lcct, nak samapi umah amik masa pon 1/2 jam, perjalanan kalau tak jem 5 jam paling cpt aku buat...ya allah, aku terkedu, tp aku bagitau kat abg aku aku cuba...!!

Patrner aku mai amik aku kat airport dan bawak kami pulang kerumah, aku suruh bini aku cepat2 smpan barang dan capai yg mana boleh jer utk pakaian keluarga kami, aku juga smpat mntak kerani aku mai kat umah nak setelkan keja2 ofis sbb aku mmg tak masuk opis selama 3 hari, sign cek skit, dokumen dan lain2 perkara. Jam 5pm kami bertolak dari rumah menuju ke kg, aku bawak keta komunis aku, mercedes, utk bawak laju dan cpt smapai pada masanya...jalam jem cam biasa, jam 6.10pm aku smpi kat tol gombak, dengan kalimah bismilah, ayatul kursi dan selawat kepada nabi 3 kali, aku terus tekan minyak keta maksimun...nawaitu nak jumpa mak aku menjadi impian aku, tiada yg difikir...

Perjalanan aku alhamdulilah tidak banyak keta pada hari tersebut, anak sedara aku dia dah bertolak awal setengah jam lagi dari aku, keta aku bawak mmglaju dari biasa, highway 160-170km/hr, jalan biasa 120-140km/hr...itulah kelebihan keta komunis merc ni mmg kena pada tujuan nak cpt, stabil dan rasa selamat wpun zahirnya risiko kemalangan amat besar jgak. Aku cuma berharap pada Allah taala supaya aku selemat dan cpt sampai. Jam 9.00pm aku smpi di gua musang-- dalam perjalanan nak smpi ke gua musang, tidak banyak keta ttp lori takyah citer mmg berderet, wpun aku mengantuk sangat, tapi aku tahan jgak, anak bini aku mmg dah tak terdaya dah, semua dah tido lena dalam keta wpun terhuyung hayang sbbkan golekan keta, akubtak berhenti dimana2, cuma bila smpi di gua musang berhenti kejap anak aku nak buat susu..no choice..

Pada jam 9.15pm, selepas sahja kat trafic light gua musang nak masuk highway ke kuala krai, abg aku telefon...dia bagitau suruh cpt, sbb jenazah dah dibawa turun ke dalam van...masyallah...aku ckp kat abg aku tunggu aku jgak, dia suruh cpt..itu jer, abah mertua aku pon telefon bgitau perkara yg sama..dia suruh aku berhati-hati ajer....aku dah tak der pilihan dah, aku bukak doble signal keta aku, suruh bini aku dan anak2 pakai seat belt dan aku meluncur laju...keta aku tekan maksimun, jalan straight aku tekan 170/180kmhr, corner aku amik 140/150km/hr, tayar berdencit2 bunyi..aku tawakal jer, dah takder main nak bagi signal kiri kanan dah, aku terus potong jer keta kat depan, angkat lampu tinggi dan terus memecut..keta depan bnayak yg hon dan angkat lampu tinggi kat aku, lantaklah..diaorg tak tahu masalah aku, kalau diaorg ada lalui apa yg aku lalui ketika itu, sama juga diorg buat.. telefon berdering2, aku dah tak boleh angkat dah, bini aku jadi secretary aku angkat phone dan update info, aku kena bagi tumpuan masa driving ni...sedar tak sedar aku hampir samapi ke umah aku dah kat kg, samapi korner masuk umah aku jam dah pukul 10.10pm dah...aku bersyukur sbb selamat smapi kat umah, muka mak aku dah terbayang dah ni, aku baru perasan..masyallah aku hanya amik masa 4jam sahaja dari tol gombak ke kuala krai..!!. Biasa paling cpt 5jam setengah...aku takleh pikir dah. samapi jer kat umah, aku tengok mmg ramai org..emosi aku dah tergangu, berkecamuk...aku bkk pintu keta aku dah menangis, dan beteriak nama mak aku, aku cuba naik atas umah, tp abg aku panggi dgn kuat, "mek ada kat atas van dah.." aku terus berlari ke van jenazah...aku lihat mak aku sudah siap dikapan dan diletakkan atas penggangkat jenazah..aku hanya seorang manusia biasa, yg baharu sahaja kehilangan seorang ibu, sudah semestinya aku menangis disisi jenazah ibu aku...abg aku yg ada sekali diatas van tersebut menyurub aku bertenang dan kawal diri aku..aku cuba bertenang dan kontrol emosi aku...

Perjalanan ke kuburan amik masa lebih kurang 20min, aku hanya teresak2 dan berckap dalam hati kepada ibu aku bgitau aku sayang kat dia, memohon maaf dan aku akan senantiasa mengingati arwah ibu aku...samapi jer di kuburan, kami semua mengangkat jenazah ibu ditempat kuburan yang sudah disediakan...aku turut sama mengangkat jenazah ibu dan meletakkan di tepi kuburan, bila semua susdah sedia, wakil jawatankuasa urusan jenazah bertanya kat aku " nak tengok mek ko..." lagi dia mau tanya kaaa, aku jawab yaaa... dia membuka perlahan2 kain penutup muka mak aku...aku menahan sebak dan emosi bila aku dapat melihat wajah mak aku di pinggiran kuburan tersebut, wajah arwah bersih, putih seperti biasa, kelihatan arwah tido dengan lena..aku mengesat air mata aku dan mengucup dahi mak aku, mmg terasa sejuk dahinya, kedian disusuli oleh isteri aku dan anak2 aku, alhamdulilah kami sempat mengucup dahi ibu aku di pinggir kuburan tersebut. Tercapai segala hasrat yg diimpikan... selepas itu, jenazah diletakkan di tepi kuburan, wakil bertanya sapa mau turun, aku terus cakap aku akan turun, aku ajak abg aku dua2 org masuk sekali ke liang lahad utk sempurnakan jenazah ibu aku, aku pegang bahagian kaki ibu dan lagi dua org abg aku pegagng bahagian badan dan muka ibu aku. Dengan arahan wakil urusan jenazah, aku meletakkan jenazah mak aku di dalam liang lahad, kemudian, wakil masuk kedalam laing lahad utk meletakkan kayu papan utk tutup liang lahad tersebut. selepas selesai, tanah ditimbus kembali, aku dan abg aku berada didalam dengan memijak2 tanah tersebut supaya kuat dan sama. proses memakan masa selama 30min dan semuanya selesai, kemudian disusui dengan bacaaan talkin oleh tok imam... alhamdulialh selepas selesai semua, aku menuangkan air yg disediakan ke makam mak aku, sekali lagi aku menangis tanda perpisahan terakhir dengan mak aku. lebih kurang jam 12 malam pengebumian ibu aku selesai...

Aku secara keseluruhN berpuas hati kerana dapt juga menatap wajah ibu aku buat kali terakhir dan juga bersama-sama menanam jenazah ibu sehingga keliang lahad, dulu pon arwah ayah aku pon sama, aku juga yg bersama -sama menurunkan jenazah ayah aku ke liang lahad..alhamdulilah...cuma sedikit terkilan sbb aku tidak dapat bersama2 menatap wajah mak aku dengan sepuasnya, cuma gambarnta sahaj yg menjadi pengubat rindu aku pada ibuku...selama 6 tahun aku menajga nya di kuala lumpur ini, sememangnya aku berpuas hati..semoga roh ibu aman damai di alamnya, insyallah, 40 hari 40 malam, aku akan berusaha utk sedekahkah bacaan yassin pada arwah ibu aku...sempena bulan ramadahan yg mulia ini aku berdoa, roh ibu aku ditempatkan dikalangan org2 yg disayanagi Allah Taala..

Design of Isolation room in Hospital

Salam guys, ni tutorial utk design isolation room dalamm hospital...