Saturday, November 28, 2015

Soalan rujukan utk exam PE (COE)

Assalam dan selamat malam,

Saya menerima banyak email dari sahabat yang memerlukan contoh jawapan untuk exam bertulis bagi menduduki PE exam. Disini saya lampirkan file yang boleh didownload terus. Saya tak dapat membalas email tuan/puan yang meminta contoh jawapan tersebut kerana banyak kerja pada waktu sekarang ini.

Lagi satu contoh untuk yang mintak standard format bagi experience summary, ingin saya nyatakan disini saya tak dapat nak bagi kerana format tersebut telah hilang semasa saya menggunakan laptop lama saya dulu. Contoh summary project boleh diminta dari mentor anda atau hubungi pihak IEM sendiri. Contoh jawapan standard yang saya attach kan disini adalah semasa saya amik exam pd tahun 2009 dulu. saya tak tahu sama ada ia berubah tau tidak. sekurang2 saya dpt membantu apa yang mampu sahaja. Good luck saya ucapkan, semoga berjaya...jangan lupa hanya doa sahaja yg dipinta agar saya sihat sentiasa dan murah rezeki...hehee, itu sahaja balasan yang diminta.. selamat berjaya

Sorry..tak boleh nak attach kan file sbb blogspot ni tak support file words :):)...so, saya copy paste jer soalan dan jawapan tersebut, harap tuan/puan boleh print out jer pages blogspot ni heheeeee...

IEM PI CoE Q&A (Some answer points)

Q 1 Dilemma between capital expenditure and optimum design.
Ans:    Is it really a dilemma
            Technology comes with cost
Reduction of scope of work
Simple design
Offer what the client wants and can afford.
            Stick to the best quality materials at the best rates.
            Clarify all impact and implications to clients
            Be reminded of safety; low maintenance and optimum life-cycle cost.

Q 2 Benefits of privatization.
Ans:    Examples of privatized public utility companies in Malaysia.
            Case studies of Power and Water companies.
Be clear about the differences between BOT, concession and other forms of business by the government to the public.
Stability of supply / lower down-time / better quality services
Faster decision-making process – faster response
Focus on possible benefits on Training, bigger financial base, introduction of up-to-date technology, transfer of technology, international exposure and scope.
Consider counter-benefits of higher fees

Q 3 Safety practices in selected industries.
Ans:    Pick one industry of your choice.
Be careful in assessing the adequacy of the safety practices. It should be adequate but certain aspects still need to be addressed.
Safety policy
Personal Protective Equipment
Include safety costs in quotes
Look at issues on awareness, implementation and enforcement.
Look at Hazop and Hazan; Safety audits; job safety analysis, contractors scope,
Fixed installations – passive protection
PPE; hardware and software of safety and fire-fighting.

Q 4 IEM and promotion of professionalism.
Ans:    Know well the current organization, roles, functions, activities and influence of IEM and suggest areas of improvement towards promoting professionalism of engineers.
            Areas may include:
                        Consultants to government / single voice on national issues
                        Public awareness of the profession / what we do, what we can provide
                        Interaction and cooperation between professions
                        Regulatory body on ethics and professional conduct
                        Reference for technical matters

                       
                       

Q 5 Positive impacts on contributions of engineers.
Ans:    Focus on big impacts and not the ordinary.
            Pick up maybe one extraordinary example from each common discipline of engineering and elaborate how each has contributed immensely to the well-being of mankind.
            Protection of the environment; combating poverty and disease; design of super-efficient systems, educational facilities, IT infrastructure etc.

Q 6 Self-promotion of engineers without using commission and anything similar to get jobs.
Ans:    Examine issues on advertising for services.
            Progress step-by-step:
                        Good self-projection              
Participate in lectures
                        Do R&D and publish
                        Promote through exhibitions
                        Lead and perform by showing good examples
                        Establish through design competition and the like

Q 7 Steps to prevent corruption and unethical practices.
Ans:    Practise good set of procedures
Abide to laws, rules and regulations
Be transparent, use open tender, subject work to audit, use of standard specs, competitive bidding for supplies, fair evaluation, no deviations of specs or alternative offer, QA/QC, pay employees well.

Q 8 Ethical considerations of a rushed land clearing job.
Ans:    Job behind time with conflict between environmental requirements and pressure to finish the job in time; temptation to:
Sub-standard work, by-passing procedures, inducement to inspectors, over-time and unsafe and night work. Consider to reschedule in order to put in place preventive measures.

Q 9 Better quality construction without conflict to profits.
Ans:    Redefine scope
Prepare better set of specs
Choose better materials, manpower, techniques, machinery, etc at better rates.
Maintain good QC/QA
            Good relationships between all stakeholders.

Q 10 Solving conflict of professional interest.
Ans:    Conflicts could be economic, environmental, management touching on issues related to:
Cost recovery after a ‘dive’ in quotation
Effluents and emissions
‘Wistle-blowing’
Marginal quality
Unsafe practices

Issues on undercutting, backdoor methods, taking more risks as a result.
Be clear on objectives: on specs and on time with required quality. Listen to all parties, good team-work, shared responsibility, third party involvement on fees management, merging of consultants.

Q 11 Consequences of observing laws and regulations on all kinds of pollution.
Ans:    Pick up an industry: discuss needs of regulations; examine consequences positive as well as negative; good to the environment, higher investment and higher cost of operation.

Q 12 Cost effectiveness and HSE requirements.
Ans:    Involve design; cost reduction to achieve higher productivity; better health, safety and environmental considerations in the long run will be cost-effective.

Q 13 How engineers can keep abreast with development of technology.
Ans:    Discuss benefits of bearing in mind HSE issues in an engineer’s work. Discuss aspects of CPD to update the knowledge and competency of engineers.

Q 14 Request of irregular proposals from a turn-key contractor.
Ans:    Examine the pros and cons of a turnkey contract vis-a-vis the position of the engineer. Give examples of possible requests in question and what could be done by referring to codes and standards.

Q 15 Issues on virtual labs.

Ans:    Discuss the real benefits of having real labs for various engineering disciplines. See if the objectives can be achieved by alternative means including virtual labs. Examine the cost, convenience and effectiveness impacts. Elaborate areas where the virtual labs are better.


Thursday, August 20, 2015

kongsi-kongsi sikit...

Assalam,

Sekali sekala sambil dok layan TV kat umah ni dan diwaktu keheningan pagi (biasa...) nak juga terjah dan kongsi serba sedikit pengalaman dan information kat blogspot ini. Kalau lama tak terjah berkarat plak blogspot ni. sekurang2 nya bleh jadi seorang ahli yang aktif. hahaaa....

sebenarnta takder apa sangat nak dikongsi disini malam ni..cuma nak memenuhkan entry bagi blogspot yang disediakan ini. Progress kerja pada tahun ini berjalan lancar, alhamdulilah berkat doa semua orang dan keseungguhan kakitangan bumimaju tahun ini kami tak cukup tangan layang projek yang nak kena disiapkan. Bagi perjalanan sebagai calon PhD ada sikit kelambatan disebabkan projek eksperimen yang dijalankan di hosp kemaman masih lagi belum siap. Al maklum lah kerja-kerja yang dibuat oleh main contarctor sivil selalu lambat hahahaaa... baru last week bawak aku punya profesor pergi melawat di tapak projek. Prof sendiri mengakui kelambatan yang wujud dalam pembinaan bilik bedah tersebut. Aku dan prof berharap tahun ini boleh la siap bangunan hospital tersbut dan eksperimen boleh dijalankan tahun hadapan..insyallah.

untuk kerja-kerja lain tak bnyak dapat dikongsi kan, takder interesting sangat sbb tak banyak special projek yang aku tengah buat skang ni, cuma tengah sibuk dengan projek rapidKL sahaja untuk siapakan control centre diaorg. Standard aaircond system, pakai VRF sahaja dan beberapa design biasa yang dilakukan.

Thn ni juga terdapat 5 org staff baru yg diambil utk membantu kerja-kerja bumimaju. Technician biasa sahaja sbb takder kegunaan specialist pon. Cuma kami dapat maintenance kerja-kerja di Proton, itu yg kena pakai ramai technician. Takder pengalaman pon takper janji ada komitmen utk kerja sahaja. Bukan buat apa pon service aircond dan buat repairing sahaja. banyak kerja-kerja labour dan kurang gunakan technical skill.

ok time to move..nak buat kerja lain skit. Nanti coretan akan dismbaung. Insyallah.


Thursday, March 12, 2015

Kerja-Kerja Certification Works & Performance Test Bilik OT

Gambar disebelah menunjukkan kerja-kerja pengambilan air volume dari unit bekalan udara HEPA. Alat yg digunakan adalah ALNOR meter flowhood. Tak banyak comp yg ada mende halah ni. Ia adalah satu keperluan bagi mana-mana comp yg buat certification dalam bilik bedah ni, Aku ada 2 biji mende ni, satu dah rosak, skang tengah tunggu order baru lagi satu. Harga RM20,000 sebiji.






Ini plak gambar masa BUMIMAJU dpt projek kat hosp kat KL la, takyah sebut la nama hosp ni, tp ia goverment hosp. Kita org upgrade sistem lama dalm bilik OT ni kepada sistem baru yg lebih canggih dan kesemua data result yg diperolehi adalah memenuhi international standard yg diguna pakai..

 yg ni sambugan gambar diats, banyk lagi gmabr yg akan di upoload nanti psal bilik bedah ni dan lain2 perkara yg interesting pasal knowledge dan teknologi yg digunakan..


kerja-kerja progres tengah buat, projek ni tahun 2010 kalau tak salah...











Suhu bilik OT yg bagus yg berada pada 18°C hingga 19°C. Bilik bedah ni suhu bilik dia berada pada 18.5°C serta humiditi yg cantik sekitar RH57.1% sahja..perfect condition utk buat Operation kat bilik bedah ni.

hahhh...yg ni agak bahaya sbb suhu bilik terlampau sejuk..!! mcm dok kat iceland la plak...bahaya kepada patient takut nanti patient bleh kena hypothermia..!! bahaya..

Yes, tekanan dalam bilik yg diukur dari bilik bedah ke luar bilik bedah melalui pintu. Tekanan angin bilik bedah kena dapat positif dan value dia mesti lebih dari 5 pascal. Cam dalam gamabr ni tekanan dia cuma 3.46 pascal sahaja. masih positif tap tak cukup lagi, kena buat balancing skit baru bleh dpt spesifikasi yg dia nak, spec ni dari KKM yg kuarkan..

Sunday, March 8, 2015

Isolation Room in Hospital - a journey of knowledge

Jam sekarang dah kul 3am, mata belum ngatuk sebab dah terover time tidor sudah, Pukul 1am baru balk umah dari meeting ngan partner discuss pasal kerja. Sambil bukak laptop update blog mata dok tengok channel 835 astro Cadillac Golf Championship...heheheee

Di keheningan pagi ini saya nak share kan sikit pasal ilmu berkaitan dengan bilik isolation atau Isolation Room yang ada dimana2 hospital kat malaysia ni. Sepanjang pengalaman saya dok travel kebanyakan hospital ini dan membuat sistem audit utk bilik bedah dan lain-lain, saya perhatikan terdapat banyak jugak hospital yang tidak mengikut standard atau piawian dalam pembinaan Isolation Room bagi kegunaan pesakit yang merbahaya kepada nyawa dan juga kpd stafness serta doktor yang bertugas. Perkara ini berlaku jika mana melibatkan hospital yang telah lama seperti hosp kerajaan yang masih lagi mempunyai bangunan lama dan menunggu bajet utk dbuat hospital baru. Pada paparan ini saya akan membincangkan tentang keperluan atau piawaian atau juga guidelines dalam merekabentuk Isolation Room dan juga serba sedikit kaedah penyenggaraan bagi bilik ini.

Patient Isolation Room (PIR) atau dalam bahasa melayu disebut Bilik Isolasi pesakit. Perbincangan ii hanya tertakluk untuk NEGATIVE isolation room sahaja. Isolation Room ini biasanya digunakan bagi kegunaan pesakit yang mempunyai penyakit merbahaya seperti TB atau SARS. Pada masa ini bnyak penyakit2 baru yang telah wujud dan ia mudah untuk tersebar melaui udara dengan batuk atau pernafasan. sebenarnya TIDAK ADA  spesifikasi standard yang dikeluarkan oleh mana2 guidelines yang mengkhususkan dalam bilik isolation ini.Oleh demikian pihak hospital kebanyakan mengunakan spesifik requirement based on 'best practice' yan dibincangkan oleh Guidelines antarabangsa melalui jurnal, buku atau standard yang dikeluarkan.Oleh itu paparan ini akan membincangkan recommended performance requirement dlam mana pembinaan utk bilik isolation ini. Kebanykan guidelines yang digunaka ini adalah diambil dari piawian CDC Guidelines (Centre Disease Control and Prevention)

a) Dilution and Removal - Pencampuran dan pembuanga udara bilik
   
Kadar tukaran udara yang diperlukan bagi bilik islotion room ini adalah tidak kurang dari 12t/hr. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kadar pencemaran didalam bilik dengan membuang udara kotor dengan cepat dan membawa udara bersih kedalam bilik. CDC menetapkan kadar udara minima adalah 6t/hr atau recommended lebih dari 12t/hr. Udara yang digunakan adalah 100% udara luar yang ditapis menggunakan medium filter bergred F8 atau mempunyai kecekapan penapisan partikel sehingga 95%.

b) Air Flow Pattern - Corak pengaliran udara

Corak pergerakkan angin udara bekalan perlulah dari supply air grille kepada pekerja, pesakit dan terus kepada exhaust sistem. Ia bertujuan untuk memastikan keselamatan kepada pekerja dimana mengelakkan jangkitan kuman/bakteria/virus yang datang dari pesakit itu sendiri.Corak ini dicadangkan oleh CDC guidelines dengan memastikan siste ekzos berada dibawah katil pesakit. Ini boleh mengelakkan berlakunya turbulance air jika mana saluran keluar ekzos berada dia atas siling bilik.

c) Room Pressurize - Tekanan Bilik

Tekanan bilik isolation haruslah berada dalam keadann negative berbanding dengan tekanan bilik yang bersebelahan atau bilik ante-room. Tekanan negatif bilik isolation ini berbanding dengan anteroom adalah -12.5pascal. Perkara ini diperlukan bagi memastikan keselamatan kpd pengguna dan bagi mengelakkan virus yang dihasilkan dari pesakit merebak ke keseluruhan kawasan tersebut. Manakala tandas pula perlulah lebih negatif berbanding bilik isolation. CDC cuma mengatakan bilik haruslah negatif dan perlu di monitorkan setiap hari dan ketika, Tetapi Brian Wiseman telah menjalankan kajian mengenai tekanan didalam bilik isolation ini dan menyatakan tekanan mnimun yg diperlukan adalah -2.5 pascal dan mencadangkan -12.5pascal adalah tekanan optimun bagi bilik ini. Case study telah dijalan oleh Gill dan beliau juga mencadangkan tekanan bilik haruslah -12.5Pa juga. Victorian Guidelines memerlukan tekanan bilik haruslah -30pa dengan airlock -15pa. Untuk Physical Containment Level 3 bagi makmal microbiologi tekanan bilik mestilah pada -50pascal dan airlock pada -25pa. Sistem monitoring perlulah dipasang dan berfungsi dengan sempurna.

d) Treatment of Exhaust Air -Rawatan bagi udara ekzos

Udara ekzos perlu dikeluarkan directly dari bilik dengan menggunakan saluran kekotak udara dan kipas yang tahan lama dan berkualiti dengan tidak ada back-pressure yang berlaku keluar bangunan dan jauh dari punca udara bersih yang diambil. Udara ekzos ini perlulah ditapis dahulu dengan penapis HEPA sebelum ia dikeluarkan dari bilik ini keluar bangunan. Tujuan penapis HEPA ini digunakan bagi menapis bakteria/virus dari udara yg diambil didalam bilik isolation. Hepa mestilah mempunyai kecekapan minima 99.97% untuk size particle pada 0.3μm. CDC menyatakan size virus M.Tuberculosis mempunyai julat saiz pada 1μm hingga 5μm dan HEPA dapat menapis nuklei tersbut tersebut dari udara. CDC dan juga Victorian Guidelines membenarkan sistem ekzos ini tidak menggunakan HEPA filter tetapi dengan syarat ia adalah jauh dari manusia, punca angin bersih atau haiwan. Walau bagaimana pun guidelines ini masih mencadangkan penggunaan penapis HEPA adalah lebih baik dan selamat.

e) Anteroom atau Airlock Room

Pembinaan bilik isolation memerlukan anteroom atau airlock room dengan pintu daun yg dibuka keluar, tertutup sendiri dan terdapat cermin tembus lihat pada pintu tersebut. Dengan pintu airlock tertutup rapat, airlock haruslah bertekanan negatif dari koridor luar dan positif pada bilik isolation. CDC menerangkan dengan mempunyai bilik airlock ia akan menambahkan lagi effectiveness pada sistem isolation room dengan minimizekan potensi droplet nuclei (virus/bakteria berbahaya) untuk pergi ke koridor apabila pintu dibuka.



f) Lain-lain keperluan

1- Kesemua tingkap haruslah ditutup dengan rapat dengan tidak ada peluang bagi udara utk masuk dan keluar dari celahan tingkap tersebut.
2- CDC menyatakan setiap bukaan termasuk elektrical part dan juga plumbing haruslah ditutup (seal) dengan semungkin baik.
3- Air untuk kegunaan bilik isolasi perlu menggunakan peralatan back-flow prevention
4- Bilik haruslah dilabel dengan NEGATIVE PRESSURE ROOM bagi meningkatkan awareness pelawat dan pekerja hospital


Rujukan yang boleh dilihat dan digunakan:-

1) Preventing Transmission of Tuberculosis in Health Care Facilities:- An Engineering Approach, D.T Hicthing, P.E, C.I.H member ASHRAE.
This paper elaborates on the CDC Guidelines and provide detailed examples of Isolation Room Design.

2) Room Pressure for Critical Environment, Brian Wiseman, ASHRAE Journal, Feb 2003, pp34-39
An Investigation of differential pressure required for proper airflow direction through doors.

3) Tuberculosis Isolation room design using CDC Guidelines, Kenneth E. Gill, HPAC Heating/piping/air conditioning, sept 1997.
This paper as a case study of the conversion of medical observation cells to respiratory isolation cell in Texas jail.

4) Guidelines for the classification and design of Isolation Room in Health Care Facilities, Standing Committee on Infection Control, A Public Health and Development Publication, State of Victoria, July 1999.
Cover Four Categories of patient isolation room including negative pressure rooms. Provide summary of microbial transmission method and guidance in the appropriate type of isolation room for a particular patient.

5) AS/NZS 2243.3:2002 Australian/New Zealand Standard, Safety in Laboratories Part 3: Microbiology aspect and containment facilities.
This standard, while not strictly applicable to TB patient rooms, does include a set of requirement for Physical Containment Level 3 (PC3) laboratories where there is a risk of serious infection.

6) Guidelines for Preventing the Transmission of Mycobacterium tuberculosis in Health care Facilities, 1994 and Guideline for Isolation Precautions in Hospital, 1997 by U.S Department of Health and Human Services – Centers for Disease Control and prevention (CDC)

The above guidelines is reference provides recommendation of general ventilation, the TB isolation rooms in particular and a supplement, which discusses the purpose and tyoe of air system used. The use of such engineering control is considered as one of 13 measure to reduce the risk for transmission of M.Tuberculosis. The above guidelines also provides the more fundamental air system requirement and refers to the guidelines above for application involving TB.


Sekian ilmu yang boleh dikongsi bersama...

Ir Suhaimi Deris
Specialist in Hospital HVAC Services
Bumimaju MTE Eng Sdn Bhd /  Perunding HAZ Sdn Bhd
suhaimideris@gmail.com







Boleh Hubungi saya di alamat email....

Salam,

saya boleh dihubungi dialamat email suhaimideris@gmail.com. Tuan/puan boleh bertanya saya mengenai profesional engineer dan juga yang ingin memerlukan khidmat consultation pasal bilik bedah di Hospital. Kalau nak bertanya pasal standard/procedure dan kaedah design bilik bedah atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan Airconditioning & Ventilation System takder masalah..emailkan pertanyaan tuan/puan. Insyallah saya akan reply email tersebut. Kalau ada masalah bakteria atau test air sampling yang fail dan lebih dari 35CFU pon bleh email kat saya. Insyallah saya akan bantu.

Pada masa ini dah bnyak hospital yang telah saya buat testing dan boleh dikatakan kebanyakannya gagal memenuhi standard dan piawaian antarabangsa. Biasanya saya akan buat CPT test dahulu dan diikuti dengan membuat siasatan dan laporan appraisal akan dibuat dan dihantar pada pihak client. Pada masa ni saya tengah buat projek bilik bedah di Hospital kemaman. Hospital ni antara yang pertama saya design sistem AHU dengan mneggunakan innovative design dengan menggunakan double coil refrigerant system. Kebaikkan sistem ini ia dapat mengekalkan humiditi dan suhu bilik pada takat yg diperlukan wpun chiller water system hanya masuk pada 7 atau 8°C sahaja. Sistem ini juga saya gunakan sebagai rig eksperimen untk research PhD saya di UTM Skudai. Insyallah hjung tahun ni siaplah. anyway boleh hubungi saya di alamat emel diatas jika memerlukan apa2 pandangan,.dan pandagan tersbut adalah PERCUMA kecuali bila dah buat keja sahaja kejan caj heheeeeeee....adiosss..

Friday, January 9, 2015

PhD satu perjalanan yg jauh...

assalam...

dah dekat 2 tahun dah tak terjah blogspot yang aku buat ni...hmmmm, tengok dan baca semula benda-benda yg aku tulis mengimbau kembali kenangan lama. Bagus jgak ada blogspot ni, kenangan dan memori kita bleh diari kan disini dan boleh dibaca oleh anak cucu kita suatu hari nanti heheee...

Desember hujung tahun 2012 aku telah mengambil langkah yang agak ekstrem dengan 'menyusahkan' diri mendaftar sebagai pelajar tua kat universiti. Tetapi sebagai pelajar PhD (Philosophy Doctorate Degree). Aku telah mendaftar di UTM skudai dan tempat belajar aku di UTM KL. Sbenarnya idea ini aku dah fikir lama dah tetapi tiada keberanian di diri dan juga sbb tak tahu nak tulis tesis apa.. idea ini timbul dssbkan pada suatu hari aku telah membaca keratan di internet yg mana pihak universiti pada masa ni telah membuka peluang kpd pekerja industri untuk menyambung belajar dan mendaptkan degree PhD dengan mempunyai kelulusan minima ijazah sarjana muda shj... wahh, ini peluang baik bagi diri aku sbb mmg dah lama aku berniat di hati nak sambung belajar ni.. selain itu juga aku mempunyai tajuk yang sesuai didalam industri yang aku telah berkecimpung selama lebih 14 tahun ini... jadi aku telah mencerna semua informasi di internet dan setelah berfikir panjang, campur tolak bahagi dan darab aku telah memilih UTM sebg tempat aku menyambung belajar. Dengan penuh semngat aku telah memohon melalui internet dan berdaftar dengan UTM. Selang sebulan permohonan aku telah dijawab dan aku diterima..!! wah mudah nya nak sambung belajar ni Hahahaaaaa....itulah sangkaan aku buat permulaan nya... heheee,

Pada semester pertama atau sebulan selepas berdaftar, SV (supervisor PhD) aku telah menghantar email pada aku dan dikehendaki berjumpa dengan nya utk bertanya pasal idea apa yg aku nak buat bagi meneruskan pembelajaran aku ini, Jadi selepas ditetapkan tarikh aku pergilah jumpa dengan beliau. SV aku adalah seorang professor yg mmg otai kat UTM skudai, dia dikenali sebagai Professor MNM. Seorang yg pernah menjawat jawatan Ketua Majlis Professor di UTM..perghhh, ilmu dia amat tinggi..semasa kali pertama berjumpa beliau, prof aku ni interview aku kaw2....dia korek segala informasi utk dia fahami diri aku dengan lebih detail dan nak tahu kelemahan serta kelebihan yg ada pada diri aku. Selain itu juga dia bnyk bercerita tentang procedure nak buat PhD ni...perghhhhh, selepas itu aku plak yg bnyk bertanya dengan beliau pasal PhD ni... dan dari situlah aku agak 'menyesal' sbb sambung belajar ni hahhaaa....rupa2 nya PhD ni bukan sahaja idea yg kita ada yg hendak kita ketengahkan, tetapi ia harus berkait rapat dengan akademik yg perlu kita follow prosedur dia...pada masa yg sama juga prof aku ni tanya pasal tajuk yg aku nak buat dan aku cerita lah lebih kurang detail nya...lepas habis cerita dan dia komen..'tajuk u tu suhaimi cam buat master sahaja...tak sesuai dengan Phd ni..' hahaaaa...terpaku aku sekejap, makna nya aku kena tukar tajuk..!! hahaa... matilaaa... so dia bagi aku fikir dulu, kalau takder dia suruh aku kerja jer sampai tua kekeee.. selang seminggu, aku pergi jumpa dia balik...masa perbincangan tersebut dia tanya lagi pengalaman aku buat keja kat hospital terutama nya, dan aku citerlah pengalaman aku design, cari masalah dan selesaikan masalah dalam bilik OT...nah... tak smpai 10 minit aku citer dia cakap.. 'hah...mende ni bleh buat tajuk Phd, sangat bagus, ada gaps dan juga objektif yg bleh dicapai..' aikss..'boleh ke prof?? dah lama saya buat mende ni dah berpuluh bilik OT saya design, mmg msalah yg sama tetap berlaku kat bilik OT dan cara camni lah saya buat nak selesaikan masalah terbut..' ' itulah gaps tu suhaimi, bagi awak mende tu dah biasa, tapi bagi akademik dan juga org luar diaorg tak tahu mende ni..' hahaaa, setel masalah aku...rupa2 nya kerja seharian aku dan permasalahan yg timbul di bilik bedah dan aku selesaikan problem tersebut merupakan sesuatu yg boleh di akademik kan jgk yer..hahaaa, so kalau camtu senang la saya prof sbb maklumat dan detail semua skali dah ada dah, cuma nak compile dan tesis kan sahaja...heheee, prof aku jawab.. yes, insyallah PhD u akan berjaya..tetapi make sure all related information from your industry should relate to academician..!! aku cakap okay proffff...

Sebagai PE engineer dan kerja seharian aku, sebenarnya aku banyk menempuhi masalah dalam bilik bedah ini dimana suhu bilik dan juga humidity bilik OT tidak boleh dicapai, ini boleh mnyebabkan permsalahn yg timbul semasa pembedahan dilakukan dan juga boleh membawa post-infection kpd pesakit,  aku telah terangkan pada prof, bahawa utk selesaikan masalah ini aku perlu design kan satu sistem baru dimana sistem aircond tersebut mengunakan double-coil cooling system with different refrigerant system, sesuatu yg tak pernah di buat dek mana2 engineer, hospital dan lain2... mende ni aku dah praktikkan di sebuah hospital di kuatan dan smmg nya ia telah berjaya selesaikan masalah tersebut, cuma ia perlu di 'tune' kan sedikit agar sistem ini lebih stabil.. jadi, melalui sistem baru ini ia boleh menjamin kebolehharapan utk mendapat kestabilan humidity dan juga suhu bilik bedah yg sesuai semasa pembedahan di jalan kan...itulah yg prof aku harapkan agar sistem ini boleh dibuat dengan lebih baik dan di simulasi kan melalui program pengkomputeran menggunakan software CFD (sapa2 amik PhD/Master dia taulah apa tu CFD hehee)...

Untuk memahami lebih lanjut pasal PhD ini dan perjalanan yg harus aku lalui, aku diwajibkan memasuki kelas di UTM KL utk belajar dan tentang keperluan bagi membuat tesis dan lain2, alamak aku lupa plak tajuk kelas tersebut...adehhhh, takperlah janji aku dah lepas..hehee, disitulah bermula nya langkah perjalanan ini...sekarang aku dah masuk tahun ketiga pada tahun 2015 ini, sekarang pon experiment module pon aku dah buat, tengah construction di sebuah hospital di pantai timur...bila dah siap, aku kena collect data, analisa dan mula perkemaskan tesis aku dengan lebih baik... selama 3 tahun ini banyk liku2 yg aku kena hadapi, contoh defense proposal...perghhhh, smpi skang aku takleh lupa, cam nak gaduh jer dengan prof2 yg dok tnya aku tu..hehee, anyway aku lulus mini viva tersebut..kekeee, insyallah...jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezki aku akan siapkan tesis aku ni pada hujung tahun ni...kalau takder masalah, 2016 dah ble graduate..!! heheee..insyallah, doakan kekawwan semua..amimmm, yg perenggan ni nampak senang aku tulis, tapi hakikatnya bnyak sekali liku2 nya...cuma tak kena habis 3 m/s lagi nak kasi penuh..tak larat beb, bagi ending terus jer lah hahaaaaaa...

sekian, wassslam, utk coretan pada sekian kalinya...

Design of Isolation room in Hospital

Salam guys, ni tutorial utk design isolation room dalamm hospital...