Friday, January 9, 2015

PhD satu perjalanan yg jauh...

assalam...

dah dekat 2 tahun dah tak terjah blogspot yang aku buat ni...hmmmm, tengok dan baca semula benda-benda yg aku tulis mengimbau kembali kenangan lama. Bagus jgak ada blogspot ni, kenangan dan memori kita bleh diari kan disini dan boleh dibaca oleh anak cucu kita suatu hari nanti heheee...

Desember hujung tahun 2012 aku telah mengambil langkah yang agak ekstrem dengan 'menyusahkan' diri mendaftar sebagai pelajar tua kat universiti. Tetapi sebagai pelajar PhD (Philosophy Doctorate Degree). Aku telah mendaftar di UTM skudai dan tempat belajar aku di UTM KL. Sbenarnya idea ini aku dah fikir lama dah tetapi tiada keberanian di diri dan juga sbb tak tahu nak tulis tesis apa.. idea ini timbul dssbkan pada suatu hari aku telah membaca keratan di internet yg mana pihak universiti pada masa ni telah membuka peluang kpd pekerja industri untuk menyambung belajar dan mendaptkan degree PhD dengan mempunyai kelulusan minima ijazah sarjana muda shj... wahh, ini peluang baik bagi diri aku sbb mmg dah lama aku berniat di hati nak sambung belajar ni.. selain itu juga aku mempunyai tajuk yang sesuai didalam industri yang aku telah berkecimpung selama lebih 14 tahun ini... jadi aku telah mencerna semua informasi di internet dan setelah berfikir panjang, campur tolak bahagi dan darab aku telah memilih UTM sebg tempat aku menyambung belajar. Dengan penuh semngat aku telah memohon melalui internet dan berdaftar dengan UTM. Selang sebulan permohonan aku telah dijawab dan aku diterima..!! wah mudah nya nak sambung belajar ni Hahahaaaaa....itulah sangkaan aku buat permulaan nya... heheee,

Pada semester pertama atau sebulan selepas berdaftar, SV (supervisor PhD) aku telah menghantar email pada aku dan dikehendaki berjumpa dengan nya utk bertanya pasal idea apa yg aku nak buat bagi meneruskan pembelajaran aku ini, Jadi selepas ditetapkan tarikh aku pergilah jumpa dengan beliau. SV aku adalah seorang professor yg mmg otai kat UTM skudai, dia dikenali sebagai Professor MNM. Seorang yg pernah menjawat jawatan Ketua Majlis Professor di UTM..perghhh, ilmu dia amat tinggi..semasa kali pertama berjumpa beliau, prof aku ni interview aku kaw2....dia korek segala informasi utk dia fahami diri aku dengan lebih detail dan nak tahu kelemahan serta kelebihan yg ada pada diri aku. Selain itu juga dia bnyk bercerita tentang procedure nak buat PhD ni...perghhhhh, selepas itu aku plak yg bnyk bertanya dengan beliau pasal PhD ni... dan dari situlah aku agak 'menyesal' sbb sambung belajar ni hahhaaa....rupa2 nya PhD ni bukan sahaja idea yg kita ada yg hendak kita ketengahkan, tetapi ia harus berkait rapat dengan akademik yg perlu kita follow prosedur dia...pada masa yg sama juga prof aku ni tanya pasal tajuk yg aku nak buat dan aku cerita lah lebih kurang detail nya...lepas habis cerita dan dia komen..'tajuk u tu suhaimi cam buat master sahaja...tak sesuai dengan Phd ni..' hahaaaa...terpaku aku sekejap, makna nya aku kena tukar tajuk..!! hahaa... matilaaa... so dia bagi aku fikir dulu, kalau takder dia suruh aku kerja jer sampai tua kekeee.. selang seminggu, aku pergi jumpa dia balik...masa perbincangan tersebut dia tanya lagi pengalaman aku buat keja kat hospital terutama nya, dan aku citerlah pengalaman aku design, cari masalah dan selesaikan masalah dalam bilik OT...nah... tak smpai 10 minit aku citer dia cakap.. 'hah...mende ni bleh buat tajuk Phd, sangat bagus, ada gaps dan juga objektif yg bleh dicapai..' aikss..'boleh ke prof?? dah lama saya buat mende ni dah berpuluh bilik OT saya design, mmg msalah yg sama tetap berlaku kat bilik OT dan cara camni lah saya buat nak selesaikan masalah terbut..' ' itulah gaps tu suhaimi, bagi awak mende tu dah biasa, tapi bagi akademik dan juga org luar diaorg tak tahu mende ni..' hahaaa, setel masalah aku...rupa2 nya kerja seharian aku dan permasalahan yg timbul di bilik bedah dan aku selesaikan problem tersebut merupakan sesuatu yg boleh di akademik kan jgk yer..hahaaa, so kalau camtu senang la saya prof sbb maklumat dan detail semua skali dah ada dah, cuma nak compile dan tesis kan sahaja...heheee, prof aku jawab.. yes, insyallah PhD u akan berjaya..tetapi make sure all related information from your industry should relate to academician..!! aku cakap okay proffff...

Sebagai PE engineer dan kerja seharian aku, sebenarnya aku banyk menempuhi masalah dalam bilik bedah ini dimana suhu bilik dan juga humidity bilik OT tidak boleh dicapai, ini boleh mnyebabkan permsalahn yg timbul semasa pembedahan dilakukan dan juga boleh membawa post-infection kpd pesakit,  aku telah terangkan pada prof, bahawa utk selesaikan masalah ini aku perlu design kan satu sistem baru dimana sistem aircond tersebut mengunakan double-coil cooling system with different refrigerant system, sesuatu yg tak pernah di buat dek mana2 engineer, hospital dan lain2... mende ni aku dah praktikkan di sebuah hospital di kuatan dan smmg nya ia telah berjaya selesaikan masalah tersebut, cuma ia perlu di 'tune' kan sedikit agar sistem ini lebih stabil.. jadi, melalui sistem baru ini ia boleh menjamin kebolehharapan utk mendapat kestabilan humidity dan juga suhu bilik bedah yg sesuai semasa pembedahan di jalan kan...itulah yg prof aku harapkan agar sistem ini boleh dibuat dengan lebih baik dan di simulasi kan melalui program pengkomputeran menggunakan software CFD (sapa2 amik PhD/Master dia taulah apa tu CFD hehee)...

Untuk memahami lebih lanjut pasal PhD ini dan perjalanan yg harus aku lalui, aku diwajibkan memasuki kelas di UTM KL utk belajar dan tentang keperluan bagi membuat tesis dan lain2, alamak aku lupa plak tajuk kelas tersebut...adehhhh, takperlah janji aku dah lepas..hehee, disitulah bermula nya langkah perjalanan ini...sekarang aku dah masuk tahun ketiga pada tahun 2015 ini, sekarang pon experiment module pon aku dah buat, tengah construction di sebuah hospital di pantai timur...bila dah siap, aku kena collect data, analisa dan mula perkemaskan tesis aku dengan lebih baik... selama 3 tahun ini banyk liku2 yg aku kena hadapi, contoh defense proposal...perghhhh, smpi skang aku takleh lupa, cam nak gaduh jer dengan prof2 yg dok tnya aku tu..hehee, anyway aku lulus mini viva tersebut..kekeee, insyallah...jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezki aku akan siapkan tesis aku ni pada hujung tahun ni...kalau takder masalah, 2016 dah ble graduate..!! heheee..insyallah, doakan kekawwan semua..amimmm, yg perenggan ni nampak senang aku tulis, tapi hakikatnya bnyak sekali liku2 nya...cuma tak kena habis 3 m/s lagi nak kasi penuh..tak larat beb, bagi ending terus jer lah hahaaaaaa...

sekian, wassslam, utk coretan pada sekian kalinya...

Design of Isolation room in Hospital

Salam guys, ni tutorial utk design isolation room dalamm hospital...