Monday, August 17, 2009

Who am I ? - Suhaimideris

Salam semua, sebelum saya mengakhiri paparan dalam blog saya pada pagi ini, izinkan saya memperkenalkan serba ringkas tentang diri saya ini. Saya bernama Engr. Muhd Suhaimi B Deris,Grad IEM. Berasal dari Kuala Krai Kelantan, seperti mana yang diketahui pada header blog ini saya merupakan Pengarah Urusan bagi Syarikat Bumimaju MTE Engineering Sdn Bhd, dimana MTE stand for 'Mechanical Testing n Electrical' atau 'Melayu Teras Ekonomi' hahah..nampak skit patriotik. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2003 dimana ia bermula sebagai sebuah syarikat yang kecil sahaja dan bertapak di Kilang MTPD Picture Display Shah Alam. Teras perniagaan bagi syarikat BMMTE ini adalah merupakan sebuah syarikat firma perunding dan kontraktor bagi kerja-kerja mekanikal dengan kepakaran dalam bidang hawadingin (aircond system). BMMTE yang merupakan 100% syarikat bumiputra terlbat secara langsung dalam bidang kejuruteraan Reka dan Bina bagi Sistem Bilik Bersih (clean room system), Bilik OT (operation Theater Room), Negative Preesure Room, Normal aircond system dan juga Ventilation system. Pada masa ini BMMTE telah menpunyai 20 orang kakitangan yang merangkumi kakitangam teknikal dan juga adminstration. Pelanggan utama bagi syarikat BMMTE ialah Hospital dibawah Radicare (M) SB, Celcom Berhad, Felda Properties, UKM Bangi dan juga lain-lain lagi. Selain Projek-projek yang diperolehi, syarikat ini jiga mempunyai kontrak maintenance dengan pelanggan2 yang diberiathu diatas.

BMMTE juga adalah merupkan syarikat yang mempunyai sijil dan lesen perniagaan yang lengkap seperti sijil2 pendaftaran dengan PKK dibawah PKK B (Sivil & Mechanical), MOF, Petronas Lisence, dan lain-lain badan berkanun lagi. Bumimaju juga baru sahaja selesai menyiapkan kerja Reka dan Bina Bangunan Rumah Haiwan Certified Level 2 BSL di UKM bangi, Pihak sayrikat juga telah sahaja menyelesaikan kerja bagi menaiktaraf Komples Bilik Bedah bagi Hospital Kajang. Selain itu juga banyak projek-projek yang telah disiapkan oleh pihak kami dengan jayanya.

Boleh dikatakan BMMTE merupakan medium company bumiputera yang sedang meningkat naik. Insyallah dengan izin-Nya syarikat akan terus berusaha untuk mencapai status sebuah firma perunding dan kontarktor Reka dan Bina yang berjaya di pasaran kelak. Dengan kakitanagan teknikal yang berpengetahuan tinggi dan sub-kontraktor serta rakan-rakan perniagaan yang mahir dan komited tidak mungkin BMMTE tidak akan menjadi sebuah syarikat yang cemerlang dan berdaya saiang. Semoga impian menjadi kenyataan....adoi letih nak tidor dah...lagipun saya ada interview projek besok jam 10.00am..sekian asskm & selamat pagi.

No comments:

Post a Comment

Design of Isolation room in Hospital

Salam guys, ni tutorial utk design isolation room dalamm hospital...