Sunday, March 8, 2015

Isolation Room in Hospital - a journey of knowledge

Jam sekarang dah kul 3am, mata belum ngatuk sebab dah terover time tidor sudah, Pukul 1am baru balk umah dari meeting ngan partner discuss pasal kerja. Sambil bukak laptop update blog mata dok tengok channel 835 astro Cadillac Golf Championship...heheheee

Di keheningan pagi ini saya nak share kan sikit pasal ilmu berkaitan dengan bilik isolation atau Isolation Room yang ada dimana2 hospital kat malaysia ni. Sepanjang pengalaman saya dok travel kebanyakan hospital ini dan membuat sistem audit utk bilik bedah dan lain-lain, saya perhatikan terdapat banyak jugak hospital yang tidak mengikut standard atau piawian dalam pembinaan Isolation Room bagi kegunaan pesakit yang merbahaya kepada nyawa dan juga kpd stafness serta doktor yang bertugas. Perkara ini berlaku jika mana melibatkan hospital yang telah lama seperti hosp kerajaan yang masih lagi mempunyai bangunan lama dan menunggu bajet utk dbuat hospital baru. Pada paparan ini saya akan membincangkan tentang keperluan atau piawaian atau juga guidelines dalam merekabentuk Isolation Room dan juga serba sedikit kaedah penyenggaraan bagi bilik ini.

Patient Isolation Room (PIR) atau dalam bahasa melayu disebut Bilik Isolasi pesakit. Perbincangan ii hanya tertakluk untuk NEGATIVE isolation room sahaja. Isolation Room ini biasanya digunakan bagi kegunaan pesakit yang mempunyai penyakit merbahaya seperti TB atau SARS. Pada masa ini bnyak penyakit2 baru yang telah wujud dan ia mudah untuk tersebar melaui udara dengan batuk atau pernafasan. sebenarnya TIDAK ADA  spesifikasi standard yang dikeluarkan oleh mana2 guidelines yang mengkhususkan dalam bilik isolation ini.Oleh demikian pihak hospital kebanyakan mengunakan spesifik requirement based on 'best practice' yan dibincangkan oleh Guidelines antarabangsa melalui jurnal, buku atau standard yang dikeluarkan.Oleh itu paparan ini akan membincangkan recommended performance requirement dlam mana pembinaan utk bilik isolation ini. Kebanykan guidelines yang digunaka ini adalah diambil dari piawian CDC Guidelines (Centre Disease Control and Prevention)

a) Dilution and Removal - Pencampuran dan pembuanga udara bilik
   
Kadar tukaran udara yang diperlukan bagi bilik islotion room ini adalah tidak kurang dari 12t/hr. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kadar pencemaran didalam bilik dengan membuang udara kotor dengan cepat dan membawa udara bersih kedalam bilik. CDC menetapkan kadar udara minima adalah 6t/hr atau recommended lebih dari 12t/hr. Udara yang digunakan adalah 100% udara luar yang ditapis menggunakan medium filter bergred F8 atau mempunyai kecekapan penapisan partikel sehingga 95%.

b) Air Flow Pattern - Corak pengaliran udara

Corak pergerakkan angin udara bekalan perlulah dari supply air grille kepada pekerja, pesakit dan terus kepada exhaust sistem. Ia bertujuan untuk memastikan keselamatan kepada pekerja dimana mengelakkan jangkitan kuman/bakteria/virus yang datang dari pesakit itu sendiri.Corak ini dicadangkan oleh CDC guidelines dengan memastikan siste ekzos berada dibawah katil pesakit. Ini boleh mengelakkan berlakunya turbulance air jika mana saluran keluar ekzos berada dia atas siling bilik.

c) Room Pressurize - Tekanan Bilik

Tekanan bilik isolation haruslah berada dalam keadann negative berbanding dengan tekanan bilik yang bersebelahan atau bilik ante-room. Tekanan negatif bilik isolation ini berbanding dengan anteroom adalah -12.5pascal. Perkara ini diperlukan bagi memastikan keselamatan kpd pengguna dan bagi mengelakkan virus yang dihasilkan dari pesakit merebak ke keseluruhan kawasan tersebut. Manakala tandas pula perlulah lebih negatif berbanding bilik isolation. CDC cuma mengatakan bilik haruslah negatif dan perlu di monitorkan setiap hari dan ketika, Tetapi Brian Wiseman telah menjalankan kajian mengenai tekanan didalam bilik isolation ini dan menyatakan tekanan mnimun yg diperlukan adalah -2.5 pascal dan mencadangkan -12.5pascal adalah tekanan optimun bagi bilik ini. Case study telah dijalan oleh Gill dan beliau juga mencadangkan tekanan bilik haruslah -12.5Pa juga. Victorian Guidelines memerlukan tekanan bilik haruslah -30pa dengan airlock -15pa. Untuk Physical Containment Level 3 bagi makmal microbiologi tekanan bilik mestilah pada -50pascal dan airlock pada -25pa. Sistem monitoring perlulah dipasang dan berfungsi dengan sempurna.

d) Treatment of Exhaust Air -Rawatan bagi udara ekzos

Udara ekzos perlu dikeluarkan directly dari bilik dengan menggunakan saluran kekotak udara dan kipas yang tahan lama dan berkualiti dengan tidak ada back-pressure yang berlaku keluar bangunan dan jauh dari punca udara bersih yang diambil. Udara ekzos ini perlulah ditapis dahulu dengan penapis HEPA sebelum ia dikeluarkan dari bilik ini keluar bangunan. Tujuan penapis HEPA ini digunakan bagi menapis bakteria/virus dari udara yg diambil didalam bilik isolation. Hepa mestilah mempunyai kecekapan minima 99.97% untuk size particle pada 0.3μm. CDC menyatakan size virus M.Tuberculosis mempunyai julat saiz pada 1μm hingga 5μm dan HEPA dapat menapis nuklei tersbut tersebut dari udara. CDC dan juga Victorian Guidelines membenarkan sistem ekzos ini tidak menggunakan HEPA filter tetapi dengan syarat ia adalah jauh dari manusia, punca angin bersih atau haiwan. Walau bagaimana pun guidelines ini masih mencadangkan penggunaan penapis HEPA adalah lebih baik dan selamat.

e) Anteroom atau Airlock Room

Pembinaan bilik isolation memerlukan anteroom atau airlock room dengan pintu daun yg dibuka keluar, tertutup sendiri dan terdapat cermin tembus lihat pada pintu tersebut. Dengan pintu airlock tertutup rapat, airlock haruslah bertekanan negatif dari koridor luar dan positif pada bilik isolation. CDC menerangkan dengan mempunyai bilik airlock ia akan menambahkan lagi effectiveness pada sistem isolation room dengan minimizekan potensi droplet nuclei (virus/bakteria berbahaya) untuk pergi ke koridor apabila pintu dibuka.



f) Lain-lain keperluan

1- Kesemua tingkap haruslah ditutup dengan rapat dengan tidak ada peluang bagi udara utk masuk dan keluar dari celahan tingkap tersebut.
2- CDC menyatakan setiap bukaan termasuk elektrical part dan juga plumbing haruslah ditutup (seal) dengan semungkin baik.
3- Air untuk kegunaan bilik isolasi perlu menggunakan peralatan back-flow prevention
4- Bilik haruslah dilabel dengan NEGATIVE PRESSURE ROOM bagi meningkatkan awareness pelawat dan pekerja hospital


Rujukan yang boleh dilihat dan digunakan:-

1) Preventing Transmission of Tuberculosis in Health Care Facilities:- An Engineering Approach, D.T Hicthing, P.E, C.I.H member ASHRAE.
This paper elaborates on the CDC Guidelines and provide detailed examples of Isolation Room Design.

2) Room Pressure for Critical Environment, Brian Wiseman, ASHRAE Journal, Feb 2003, pp34-39
An Investigation of differential pressure required for proper airflow direction through doors.

3) Tuberculosis Isolation room design using CDC Guidelines, Kenneth E. Gill, HPAC Heating/piping/air conditioning, sept 1997.
This paper as a case study of the conversion of medical observation cells to respiratory isolation cell in Texas jail.

4) Guidelines for the classification and design of Isolation Room in Health Care Facilities, Standing Committee on Infection Control, A Public Health and Development Publication, State of Victoria, July 1999.
Cover Four Categories of patient isolation room including negative pressure rooms. Provide summary of microbial transmission method and guidance in the appropriate type of isolation room for a particular patient.

5) AS/NZS 2243.3:2002 Australian/New Zealand Standard, Safety in Laboratories Part 3: Microbiology aspect and containment facilities.
This standard, while not strictly applicable to TB patient rooms, does include a set of requirement for Physical Containment Level 3 (PC3) laboratories where there is a risk of serious infection.

6) Guidelines for Preventing the Transmission of Mycobacterium tuberculosis in Health care Facilities, 1994 and Guideline for Isolation Precautions in Hospital, 1997 by U.S Department of Health and Human Services – Centers for Disease Control and prevention (CDC)

The above guidelines is reference provides recommendation of general ventilation, the TB isolation rooms in particular and a supplement, which discusses the purpose and tyoe of air system used. The use of such engineering control is considered as one of 13 measure to reduce the risk for transmission of M.Tuberculosis. The above guidelines also provides the more fundamental air system requirement and refers to the guidelines above for application involving TB.


Sekian ilmu yang boleh dikongsi bersama...

Ir Suhaimi Deris
Specialist in Hospital HVAC Services
Bumimaju MTE Eng Sdn Bhd /  Perunding HAZ Sdn Bhd
suhaimideris@gmail.com







No comments:

Post a Comment

Design of Isolation room in Hospital

Salam guys, ni tutorial utk design isolation room dalamm hospital...