Monday, September 27, 2010

Bilik OT kat Hospital

salam, saya ingin sharekan pengalaman saya tentang bilik OT di hospital kerajaan kat lembah klang ini. Saya adalah antara pembina bilik OT di kuala lumpur ini. Bnayak bilik2 OT yang telah saya bina dan ubahsuai. Antara bilik OT hosp ni yang dah saya modified dan bina baru ialah hosp klang, kajang, putrajaya, serdang, IMR (hosp kl), hosp pekan, kuantan, temerloh, trengganu, KPJ kajang, colombia seremban dan lain2 lagi... kebbanyakan bilik OT hosp yg saya sebutkan diatas mempunyai masalah dalam memenuhi spesifikasi yg ditetapkan oleh kementerian kesihatan malaysia. antara masalah yg dihadapi ialah ketidakperolehan kelembapan udara didalam bilik, suhu yg trlalu panas dan tidak selesa, bilangan bakteria yg tinggi dan lain2 lagi.

apa yg saya inigin sharekan ialah selalunya permintaan doktor2 bedah yg menggunakan bilik ini tidak dapat dipenuhi. selalunya berkaitan dengan masalah suhu bilik yg terlalu panas. kebnayakan pakar bedah memerlukan suhu sekitaran dibawah 20Deg.C tetapi bila operatation sedang berjalan suhu bilik akan menjadi 22Deg.C. ini menyebabkan doktor bedah akan komplen. perlu diingat, tahap keselesaan doktor amatlah penting dalam sesuatu pembedahan yg dilakukan. kerana doktorlah yg pegang pisau bedah..heheheee

masalah kedua yg timbil adlah masalah peratusan humiditi yg terlalu tinggi dimana kelembapan bilik adalah melebihi 60peratus..!!. adalah telah dittpkan oleh MOH dan badan seliaan antarabangsa peratusan kelembapan bilik bagi bilik bedah perlu dikekalkan pada 50%-60% sahaja. Salah satu sbb keperluan ini perlu dipenuhi ialah kerana jika peratus kelembapan udara didalam bilik melebihi 60% kemungkinan bakteria/fungus wujud akan menjadi lebih tinggi. hasil dari pengalaman, kajian yg dilakukan oleh saya sendiri melalui pembacaan, ujikaji dan keja yg dilakukan jika peratusan kelembapan udara menjadi 78% makan bakteria sudah wujud dan fungus akan berlaku. oleh demikian amatlah penting sekali kelembapan humiditi didalam bilik perlu dijaga.

masalah ketiga ialah tekanan angin dalam bilik, kadar tukaranangin yg kurang dari 20kali dan lain2 lagi (yg mana kalau nak tulis kat sini 3 jam la baru habis..).

ada satu kes yg nak sya kongsikan disini. - Bilik Bedah Hosp xxxxx kat pahang yg baru saya siapkan. masalah yg timbul dimana kelima2 parameter yg sepatutnya lulus kesemuanya gagal dalam ujikaji tersebut. Humiditi - 72%, tekakana angin kurang dari 5pascal, air-change kurang dari 20x, suhu bilik 21Deg,C - dan bilik bedah ini tidak pernah digunakan kerana bakteria count yg diambil melebihi 35CFU. Saya telah pergi kesana 2,3 kali dengan menalankan ujikaji dan mencari masalah yg timbul. didapati banyak sistem yg berkaitan dengan hawadingin tidak berfungsi dengan baik. selama sebulan lebih pembaikian telah dilakukan oleh saya dan setelah siap ujikaji CPT telah dilakukan dan ia lulus dengan cemerlang, suhu bilik kekal dalam 19Deg.C dan paling penting humiditi kekal pada 57%-58% sahaja. keputusan dia amatlah memuaskan dan apabila ujian patalogi dilakukan oleh pihak hosp bilangan bakteria adalah terlalu rendah dimana keputusan tersebut adalah kurang dari 10CFU..!! - sekarang bilik bedah tersebut telah dibuka dan saya amatlah berpuashati... bukan wang atau keuntungan yg dikira tetapi kepuasan dalam memberikan jaminan keselmatan kpd pesakit2 yg menggunakan bilik tersebut....!!

mata dah ngantuk...see u all again.

Ir.Muhd Suhaimi Deris, P.Eng,MIEM.
Specialist in OT Room & Cleanroom System
Bumimaju MTE Enginnering Sdn bhd.

8 comments:

  1. ooo...tuan yang buat ubauh suai bilik ot ni. boleh mintak email tak? saya dalam plan nak buat projek paper. ingat nak buat sistem ot table booking room boleh dapatkan email tak? nak mintak tolong boleh ke.hehehe...

    Nasrul_m@hotmail.com

    ReplyDelete
  2. As salam tuan,

    terima kasih diatas kesudian tuan berkongsi maklumat diatas...amat manfaat utk dijadikan ilmu tambah untuk dikongsi bersama kepada yg lain...

    saya baru mengikuti blog ini, banyak maklumat yang menarik..tqvm..

    ReplyDelete
  3. salam, sesaper nak banyak amaklumat tentang bilik bedah dan cleanroom system design bleh emailkan kat saya..tq

    ReplyDelete
  4. salam, saya ni jurutera hospital, KKm..saya ingin bertanyakan perkara mengenai dewan bedah..boleh bagi email kepada saya mengenai standard yang digunakan untuk membina dewan bedah ni.. ni email saya..najimuddin2003@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. salam!!! boleh saya dapatkan contact no syarikat tuan kerana saya disini mempunyai masalah di ot saya!!! saya berharap tuan dapat membantu, napiomar@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Good n honest efforts will be rewarded
    Syabas

    ReplyDelete
  7. salam.
    saya perlu hubungi tuan berkenaan satu projek isolation room di HSNZ.
    mohon email saya:
    rumaizi@radicare.com.my

    ReplyDelete
  8. Great and I have a keen present: How Much Should House Renovations Cost house remodel contractors

    ReplyDelete

Design of Isolation room in Hospital

Salam guys, ni tutorial utk design isolation room dalamm hospital...