Monday, July 5, 2010

Berita Terbaik

Salam, entah ada org baca ke blog yang aku buat ni..heee, kalau ada ok la., kalau takder sesungguhnya blog ini memberikan kenangan kepada apa yang kita ingin luahkan.

Seperti yang aku sharekan dekat FB.. 'Berita dari BEM..sijil Profesional Engineer (Ir) aku akan kua minggu depan'...heee ini bermakna dalam minggu ni lah. saja ingin kongsi kan perit penat,lelah menunggu dan mngusahasakan bg mendapatkan sekeping sijil yg amat bermakna bagi org yg berkarier dan minat seperti aku ini. seperti yg aku tulis sebelum ini bahwa aku dah lepas exam dan lulus dengan cemerlang ujian bg mendapatkan PE, agak2 dalam bulan 12 tahun lalu memang benar, tetapi aku tidak mengetahui bahwa proses utk mendapatkan sijil PE ini cukup sukar, hmm selama 6 bulan aku mennunggu dan terpaksa berkejaran ke BEM bg memnuhi segala dokumen yg diperlukan. Antara masalah yg timbul selepas bln 12 tahun lepas ialah aku tidak cukup mata CPD wajib dan juga CPD extra yg diperlukan. AKu agak2 sebnayak 50jam credit yg diperlukan..dan sblm itu aku hanya ada 16jam sahaja.

Bnayak la kursus2 yg telah aku hadiri, seminar2 dan juga meeting yg diluar dalam bidang aku pun kena pergi jugak. itu adalah satu syarat yg dikenakan agar kesemua PE ini tidak tertakluk pada kerja masing2 sahaja. itu sbb amik masa yg agak lama utk memenuhi kesemua jam kredit tersebut...dan lagi pun pada awal tahun 2010 kerja2,projek kat ofis terlalu banyak nak disetelkan. Tapi semua itu dah berlalu, aku bersyukur pada kehadrat Ilahi penantian dan usaha selama 6 tahun berbaloi..insyAllah pg besok aku akan call BEM nak tanya sijil dah bleh collect ke blum..heeee

Arah tuju...?? - Entah la..ramai kekawan yg suruh bukan consultant, aku tahu aku mampu dan berkebolehan sbb itu bidang aku...tetapi masa yg amat krtikal..hmmm sapa nak jaga dan run comp konsultan aku ini?? kalau dibiarkan sahaja baik takayah bukak...hmmm nantilah aku pkir-pikirkan dengan sedalamnya...lagi pun kalau nak bkk compnay consultant ni baik kena bkk syarikat Sdn Bhd terus...amik mekanikal dan elektrical...tetapi aku kena ada patner Ir Elektrical sorang...hmmm kalau sapa2 yg ada PE elektrical bleh la contact saya, jom kita jadi bisnes patner dan bkk company...insyAllah rezki sentiasa ada JIKA hanya kita berusaha...

Apa pun, aku hnaya hendak menikmatinya terlebih dahulu sblm membuat apa2 keputusan... samapi berjumpa lagi di lain masa..heeee, dah dapt sijil aku upload kat blog ni...sekian..

1 comment:

  1. Alhamdulillah,

    tahniah diucapkan kpd ir suhaimi..komen ini di post kan agak terlewat..hehhee..sudah pasti tuan telah menerima Ir yang di idam2 kan...tahniah sekali lagi..pastinya penat lelah dan usaha tuan berbaloi ketika ini kn..diharap dengan pangkat yang ada itu dan memberikan manfaat dan sumbangan yang besar kpd agama, bangsa dan juga negara..segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan diharap dapat dilaksanakan dengan lancarnya..

    Bolehkah sy mengetahui pecahan secara terperinci mengenai kos untuk mendapatkan Ir bermula dari pendaftaran hinggalah mendapat no PE tuan?

    Di harap tuan sudi berkongsi di sini...

    tq..

    ReplyDelete

Design of Isolation room in Hospital

Salam guys, ni tutorial utk design isolation room dalamm hospital...