Berasal dari Kuala Krai kelantan, bersekolah di Sek.Keb.Banggol Guchil dan menyambung persekolahan di Sek.Men Keb.Kuala Krai,seterusnya MRSM Kuala Trganu, Matrikulasi Kolej MARA Seremban dan Universiti Keb.Malaysia, Sekarang bekerja sendiri di Bumimaju MTE Eng Sdn Bhd sebagai Pengarah Urusan selepas menimba pengalaman di firma Jepun di P.Jaya
Monday, September 27, 2010
Bilik OT kat Hospital
salam, saya ingin sharekan pengalaman saya tentang bilik OT di hospital kerajaan kat lembah klang ini. Saya adalah antara pembina bilik OT di kuala lumpur ini. Bnayak bilik2 OT yang telah saya bina dan ubahsuai. Antara bilik OT hosp ni yang dah saya modified dan bina baru ialah hosp klang, kajang, putrajaya, serdang, IMR (hosp kl), hosp pekan, kuantan, temerloh, trengganu, KPJ kajang, colombia seremban dan lain2 lagi... kebbanyakan bilik OT hosp yg saya sebutkan diatas mempunyai masalah dalam memenuhi spesifikasi yg ditetapkan oleh kementerian kesihatan malaysia. antara masalah yg dihadapi ialah ketidakperolehan kelembapan udara didalam bilik, suhu yg trlalu panas dan tidak selesa, bilangan bakteria yg tinggi dan lain2 lagi.
apa yg saya inigin sharekan ialah selalunya permintaan doktor2 bedah yg menggunakan bilik ini tidak dapat dipenuhi. selalunya berkaitan dengan masalah suhu bilik yg terlalu panas. kebnayakan pakar bedah memerlukan suhu sekitaran dibawah 20Deg.C tetapi bila operatation sedang berjalan suhu bilik akan menjadi 22Deg.C. ini menyebabkan doktor bedah akan komplen. perlu diingat, tahap keselesaan doktor amatlah penting dalam sesuatu pembedahan yg dilakukan. kerana doktorlah yg pegang pisau bedah..heheheee
masalah kedua yg timbil adlah masalah peratusan humiditi yg terlalu tinggi dimana kelembapan bilik adalah melebihi 60peratus..!!. adalah telah dittpkan oleh MOH dan badan seliaan antarabangsa peratusan kelembapan bilik bagi bilik bedah perlu dikekalkan pada 50%-60% sahaja. Salah satu sbb keperluan ini perlu dipenuhi ialah kerana jika peratus kelembapan udara didalam bilik melebihi 60% kemungkinan bakteria/fungus wujud akan menjadi lebih tinggi. hasil dari pengalaman, kajian yg dilakukan oleh saya sendiri melalui pembacaan, ujikaji dan keja yg dilakukan jika peratusan kelembapan udara menjadi 78% makan bakteria sudah wujud dan fungus akan berlaku. oleh demikian amatlah penting sekali kelembapan humiditi didalam bilik perlu dijaga.
masalah ketiga ialah tekanan angin dalam bilik, kadar tukaranangin yg kurang dari 20kali dan lain2 lagi (yg mana kalau nak tulis kat sini 3 jam la baru habis..).
ada satu kes yg nak sya kongsikan disini. - Bilik Bedah Hosp xxxxx kat pahang yg baru saya siapkan. masalah yg timbul dimana kelima2 parameter yg sepatutnya lulus kesemuanya gagal dalam ujikaji tersebut. Humiditi - 72%, tekakana angin kurang dari 5pascal, air-change kurang dari 20x, suhu bilik 21Deg,C - dan bilik bedah ini tidak pernah digunakan kerana bakteria count yg diambil melebihi 35CFU. Saya telah pergi kesana 2,3 kali dengan menalankan ujikaji dan mencari masalah yg timbul. didapati banyak sistem yg berkaitan dengan hawadingin tidak berfungsi dengan baik. selama sebulan lebih pembaikian telah dilakukan oleh saya dan setelah siap ujikaji CPT telah dilakukan dan ia lulus dengan cemerlang, suhu bilik kekal dalam 19Deg.C dan paling penting humiditi kekal pada 57%-58% sahaja. keputusan dia amatlah memuaskan dan apabila ujian patalogi dilakukan oleh pihak hosp bilangan bakteria adalah terlalu rendah dimana keputusan tersebut adalah kurang dari 10CFU..!! - sekarang bilik bedah tersebut telah dibuka dan saya amatlah berpuashati... bukan wang atau keuntungan yg dikira tetapi kepuasan dalam memberikan jaminan keselmatan kpd pesakit2 yg menggunakan bilik tersebut....!!
mata dah ngantuk...see u all again.
Ir.Muhd Suhaimi Deris, P.Eng,MIEM.
Specialist in OT Room & Cleanroom System
Bumimaju MTE Enginnering Sdn bhd.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Design of Isolation room in Hospital
Salam guys, ni tutorial utk design isolation room dalamm hospital...
-
Asskm dan salam sejahtera, pada hari ini saya mempunyai sedkit kelapangan wakru sambil berehat di opis yang indah permai ini. Nukilan pada ...
-
Hi, salam ketemuan semula..... yaahhh,...alhamdullillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya saya telah melepasi temuduga bagi...